in

“Mak bapak tak ajar lah ni…” – Dua Lelaki Bersenjata Kejar Ambulan Sebab Tak Puas Hati Kena Hon

Serang Ambulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua lelaki dikehendaki pihak polis selepas mereka didapati menyerang sebuah ambulan. Kejadian berlaku pada 20 Mei lepas di Wichit, Phuket dan berjaya dirakam dashcam yang dipasang pada ambulan tersebut.


Menurut The Thaiger, pihak polis Wichit dimaklumkan tentang insiden itu awal minggu ini. Detnarong Songsang, 41, pekerja penyelamat sedang memandu ambulan tersebut di jalan Darasamut Underpass ketika kejadian.

Dalam rakaman video yang tersebar di Facebook tu, ambulan tersebut nak tukar dari lorong kanan ke lorong tengah. Boleh nampak ada motosikal dinaiki dua individu di sebelah kiri dan Detnarong kemudian membunyikan hon ke arah mereka.

Hon1

Ingatkan tak ada apa masalah sebab tak berlaku sebarang pelanggaran, tapi rupanya dua lelaki terbabit tak puas hati kena hon menyebabkan dorang kejar semula ambulan tu.

Tak lama lepas tu, boleh nampak dari dashcam belakang ambulan yang dua lelaki tersebut sampai sanggup turun dari motor dan kejar sebab bengang dengan Detnarong.

Bila tak dapat kejar, dorang naik semula motosikal dan pecut laju sampai ke depan ambulan. Pembonceng motor tu dilihat memegang sebilah pisau dan cuba menikam bahagian depan ambulan sebanyak dua kali.

Hon2

Masih tak puas hati, dorang berdua teruskan mengejar Detnarong meskipun dia dah pecut laju selepas belok ke kiri di simpang lampu isyarat. Beberapa minit kemudian, dua lelaki tu berjaya kejar ambulan tersebut dan kali ni pembonceng yang pegang pisau tu pula yang menunggang.

Lelaki lagi seorang yang membonceng tu, dilihat memegang satu batang besi bercangkuk dan bila motor dah dekat dengan ambulan dia terus libas alat tu dekat cermin belakang ambulan sampai jadi retak.

Serang0
sumber: the thaiger

Polis Phuket kemudian memberi kenyataan bahawa mereka sudah berjaya menahan kedua-dua individu terbabit berdasarkan nombor plat motor serta wajah suspek yang tersebar melalui video.

Dua lelaki itu kini sedang disoal siasat dan polis masih menjalankan siasatan tentang insiden berkenaan. Warga tempatan yang dapat tahu pasal insiden ni rata-ratanya bengang dengan kedua-dua suspek.

Serang1

Serang

“Letak je beberapa malam dekat lokap. Serang kakitangan bahagian kecemasan memang paling tak matang.”

“Campak je dalam penjara 10 tahun, biar dorang membesar dengan persekitaran yang teruk.”

“Penyangak, mak bapa tak ajar disiplin, tak ada adab. Saya rasa ibu bapa memang patut bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan anak mereka.”

Tonton video kejadian di bawah:

https://www.facebook.com/tanai.kaew/videos/vb.100001251013625/2384742394910771/?type=2&video_source=user_video_tab

Baca: “Sah peragut atau penyamun…” – Lelaki Mengamuk Kena Tegur Merokok Dalam Restoran, Serang Dengan Parang

Kena Tetak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.