in

Majlis Perkahwinan Bertemakan Hari Kemerdekaan, Pengantin Cipta Busana Daripada Jalur Gemilang

Pengantin Feature3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai tema unik pengantin di Malaysia gunakan untuk mengabdikan kenangan hari bahagia mereka bersama keluarga dan rakan-rakan. Tema back to school, power rangers dan bermacam-macam lagi.


Namun, menurut mStar, pasangan pengantin dari Kelantan baru-baru ini menarik perhatian netizen seluruh Malaysia apabila mengadakan majlis perkahwinan bertemakan Hari Kemerdekaan.

Syahrul Hisham Abdul Azim, 32, dan Nurul Asyikim Zakaria, 27, dari Pasir Puteh mengadakan majlis mereka pada Khamis, 31 Ogos lalu iaitu pada hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-60. Paling unik sekali, pasangan itu turut mengenakan busana pengantin yang diperbuat daripada Jalur Gemilang!

Pengantin2
sumber: instagram
Pengantin9
sumber: instagram

Bukan itu sahaja, rakan-rakan pengantin perempuan dan lelaki turut berpakaian mengikut tema warna Jalur Gemilang. Empat ‘dayang’ dilihat memakai baju kurung moden mengikut empat warna Jalur Gemilang dan berselempang.

Manakala lima rakan pengantin lelaki berbaju Melayu hitam lengkap ala ‘hulubalang’ dengan selempang dan tengkolok berwarna-warni.

Pengantin6
sumber: instagram
Pengantin8
sumber: instagram

Menurut Asyikim atau lebih mesra dipanggil Ekim, idea itu tercetus sempena tarikh bersejarah negara dan telah dirancang sejak dua bulan yang lalu.

Selain itu, mereka berdua memilih 31 Ogos bagi memudahkan mereka mengingati tarikh perkahwinan, selain menanamkan semangat patriotisme.

“Bukan setakat pemilihan tarikh, konsep majlis perkahwinan juga disesuaikan dengan sambutan hari kemerdekaan. Sebab itu kami memakai baju pengantin Jalur Gemilang.”

Kek
sumber: facebook
Pengantin10
sumber: instagram

Difahamkan, kira-kira tujuh bendera Jalur Gemilang digunakan untuk membuat dua busana pengantin yang direka sendiri dan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk disiapkan.

10 buah kereta dari rombongan pengantin lelaki juga dipasang bendera dan mereka kemudian berarak sejauh 100 meter melalui jalan yang dipacakkan bendera di kiri dan kanan menuju ke rumah pengantin perempuan.

Baju pengantin Jalur Gemilang ini bukan untuk menjatuhkan martabat bendera Malaysia tetapi sebaliknya mahu menunjukkan rasa cinta kami pada negara.”

Pengantin7
sumber: instagram
Pengantin 11
sumber: instagram

Jika majlis perkahwinan kebiasaannya dipasang lagu-lagu romantis, namun bagi majlis pasangan ini, tiga jenis lagu dipasang sepanjang perkahwinan mereka iaitu Tanggal 31, lagu pengantin dan lagu raya sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Jumaat.

Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Kreatif juga mereka kan!

Baca: Transformasi Pelamin Rumah Kampung Dari Perancang Perkahwinan Ini Tarik Perhatian Netizen

Pelamin Feature3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.