in

Macam Mana Nak ‘Maintain’ Berat Badan Waktu Raya? Ikut 5 Tips Ni…

Bg3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seeloknya musim raya ini janganlah kita berkurung dalam bilik semata-mata kerana nak diet. Sangat tidak berbaloi. Kalau risau sangat, gunakan tips berikut untuk pastikan badan anda maintain je di bulan yang sungguh mencabar nafsu ni!


 

1. Jaga kuantiti makanan

Makanan1
sumber: isaura kitchen

Semasa beraya, tidak salah untuk menikmati semua juadah yang telah dihidangkan. Cuma sentiasalah beringat supaya jangan ambil makanan dengan terlalu banyak. Cukup sekadar isi perut, contohnya kalau biasanya makan dua senduk nasi, kurangkan ia menjadi satu senduk saja.

Makanan2
sumber: duniacikguwan. Blogspot. My
Makanan3
sumber: mieamelodies. Blogspot. My

 

2. Kurangkan minum air manis

Air1
sumber: www. Butterkicap. Com

Selalunya apabila kita pergi beraya, tuan rumah mesti akan menghidangkan air berperisa seperti air sirap, air oren dan sebagainya. Namun, daripada minum air bergula, lebih elok jika kita minum air kosong banyak-banyak untuk hilangkan dahaga.

Air2
sumber: ilahmasakanku. Blogspot. My
Air3
sumber: resepicikguani. Blogspot. My

 

3. Dahulukan juadah berat

4 11 E1498207128456
sumber : stuff. Co

Mulakan dengan juadah berat dahulu seperti nasi, mee, bihun sup dan sebagainya. Ini kerana makanan berat akan buat kita lebih cepat kenyang. Bila dah kenyang, kita akan kurang makan kuih raya atau snek-snek lain dengan berlebihan sehingga menyebabkan perut menjadi senak.

Bihun1
sumber: cubatrymasak. Blogspot. My
Nasi
sumber: www. Enyabdullah. Com

 

4. Lebihkan protein, kurangkan kuah

3 17 E1498207438464
sumber : okezone. Com

Sudah pasti juadah seperti rendang, kari, sambal dan gulai akan dihidangkan apabila pergi beraya dan tidak salah jika kita ingin menikmati lauk itu. Tetapi seeloknya kita ambil saja sumber protein dan abaikan kuah yang berlebihan minyak itu. Makanan berminyak tak elok tauuu!

Ayam1
sumber: aziejaya. Blogspot. My
Ayam2
sumber: www. Sweetlikekisses. Com

 

5. Puasa Enam

Berbuka1
sumber: kumpulan info sejarah

Bila sudah puas beraya, cubalah puasa enam untuk imbangkan balik berat badan kita. Ia boleh dimulakan pada hari kedua raya secara berterusan atau secara selang seli jika tidak berkemampuan asalkan ianya dilaksanakan pada bulan Syawal.

Bebruka2
sumber: www. Hanshanis. Com
Lauk1
sumber: ciklilyputih. Com

Jangan naik ‘gila’ bila tengok juadah di hari raya. Setiap rumah makan tak ingat dunia, bila perut dah buncit baru nak menyesal!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.