in

“Macam kat sekolah agama” – Netizen Terpegun Tengok Rakyat Brunei Bersenam Sebab…

1Brunei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan senaman atau bersukan dapat menyihatkan jasmani. Kalau kita mahu untuk sihat secara mental, kita perlu sihat secara rohani dan spiritual. Apa kata kita gabungkan kedua-dua tu, sihat rohani dan jasmani.


Haaa.. ni admin nak cerita benda baik yang berlaku dekat negara jiran kita, Brunei. Selalunya orang akan kita 1 hingga 8 untuk buat regangan ringan, lain pula dekat Brunei, mereka kira guna kata-kata pujian untuk yang Maha Esa. Cuba korang tengok sendiri video kat bawah yang dikongsi oleh Ismael Haris di akaun Facebook miliknya.

Di Negara Brunei Darul Salam.Setiap kali program bersenam tidak dipisahkan dengan zikir bukan dengan muzik.

Posted by Ismael Haris on Monday, November 25, 2019

 

Macam Sekolah Agama

Itulah yang berlaku di Brunei. Rata-rata netizen memberikan pujian kepada pihak penganjur yang mengambil inisiatif tersebut. Barulah sihat rohani dan jasmani.

Screen Shot 2019 11 30 At 12.54.30 Pm

Alhamdulillah, senaman macam ni kita boleh try dekat Malaysia tapi kena ikut gak kesesuaian majlis. Kalau acara anjuran Majlis Agama Negeri sesuai gak, tapi kalau acara yang melibatkan bangsa yang berlainan agama, rasanya elok dikekalkan cara kiraan 1 sampai 8 macam biasa. 

Screen Shot 2019 11 30 At 12.53.46 PmBetul tu, admin pun rasa macam tu gak. Kena ikut kesesuaian majlis. Baru kena pada tempat dan kehendaknya. Tak leh sesuka hati, takut nanti orang kata tak menghormati negara yang berbilang bangsa dan agama pulak kan.

Screen Shot 2019 11 30 At 12.53.17 PmSemoga berkekalan dan istiqamah dalam bersukan dan beribadat. Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang jauh-jauh.

 

Baca: Kesatuan Eropah Nak Bekukan Aset & Buat Sekatan Visa Ke Atas Brunei Kerana Laksana Hukum Islam Terhadap LGBT

Screen Shot 2019 11 30 At 1.11.37 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.