Kesatuan Eropah Nak Bekukan Aset & Buat Sekatan Visa Ke Atas Brunei Kerana Laksana Hukum Islam Terhadap LGBT

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kembali dengan isu Brunei dan undang-undang anti-LGBTnya.

Selepas dihujani kritikan masyarakat antarabangsa sehingga menerima ancaman boikot daripada beberapa syarikat gergasi dunia – isu pelaksanaan hukuman syariah ke atas pelaku hubungan sejenis di negara itu kini turut menjadi bualan ahli-ahli Parlimen Eropah.

 

Nak beku aset?

 

Khamis lalu Reuters melaporkan, Parlimen Eropah telah mengundi satu resolusi mengutuk Kanun Jenayah Syariah yang dilaksanakan Brunei – dan mendesak agar negara itu segera memansuhkannya kembali.

Resolusi itu mendapat sokongan majoriti anggota parlimen.

Seorang ahli Parlimen Eropah, Jean Lambert berkata — sekiranya Sultan Brunei tidak memansuhkan hukuman itu, seluruh Kesatuan Eropah digesa menggunakan segala bentuk sekatan ke atas negara itu.

Ini termasuklah mengancam untuk mengenakan sekatan visa dan membekukan aset milik Brunei di luar negara — selain menyenaraihitamkan sembilan buah hotel milik Agensi Pelaburan Brunei, termasuk rangkaian hotel The Dorchester di London dan The Beverly Hills di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Setiausaha Kedua Kedutaan Brunei untuk Kesatuan Eropah – Naqib Adnan, ketika dihubungi engan memberi sebarang ulasan lanjut berhubung perkara tersebut.

Rata-rata netizen Brunei pula, dilihat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berhubung campur tangan asing terhadap kedaulatan negara itu selain mempertahankan tindakan Sultan Hassanal Bolkiah yang bertegas mahu menegakkan hukum Islam di Brunei.

 

Baca: Laksana Hudud Ke Atas LGBT, Ini Antara Syarikat Besar Yang Isytihar Boikot Ke Atas Brunei

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.