in

‘Maafkan saya pakcik, terkejut dapat RM500’

Yeo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya musim PRU ni, ahli politik lah yang kerap beri wang bantuan atau derma kat rakyat selepas tamat satu ceramah. Namun situasi ni agak berbeza sikit dalam satu event yang diadakan Pakatan Harapan (PH) bila rakyat yang datang ke ceramah pulak beri wang kepada ahli politik. Aik??


Menerusi posting yang dikongsikan Yeo Bee Yin calon PH parlimen Bakri (4 Mei), dia telah ceritakan satu pengalaman yang menyentuh hati bila seorang pakcik tua datang menemuinya lepas selesai satu event di Parit Sakai, Muar. Walaupun jam sudah pukul 2 pagi ketika Yee pulang ke rumah pada hari tersebut, dia berasa tak sabar-sabar nak berkongsi kisah ni pada malam itu jugak kepada semua orang.

31518350 1046185045535420 3885452742262744279 N
sumber: wob

Ini apa yang ditulis Yeo:

“Malam ini selepas ceramah Harapan di Parit Sakai, Muar, seorang pakcik berkopiah, berbaju Melayu hijau dan berselipar, datang ke tempat duduk saya, memberikan satu sampul hijau dan memberitahu saya bahawa RM500 di dalam adalah untuk masukkan ke tabung pilihanraya.

“Saya terkejut mendengarnya sebab Parit Sakai adalah kawasan yang sederhana dan pemberian individu RM500 untuk tabung pilihan raya adalah sangat besar! Oleh kerana saya terlalu terkejut, saya tidak respon dengan baik.” 

Namun apa yang buat Yeo lebih tersentuh ialah bila dia buka envelope yang diberikan pakcik tu. Duit yang diberikan si pakcik bukan macam duit yang tekan keluar dari ATM!

31901761 1048856111934980 7438988480291536896 N

“Apabila saya buka sampul hijau itu selepas itu, saya terharu tengok keadaan duit itu. Duit ini nampak bukan macam duit dari bank ataupun ATM tetapi duit lama yang dilipat seperti telah lama disimpan.

“Maafkan saya pakcik, tadi terlalu terkejut, lupa untuk dapatkan nama pakcik dan wajah pun tidak dapat nampak dengan jelas, tetapi ini yang saya nak katakan kepada pakcik,” kata Yeo lagi dengan harapan mesej ini sampai ke pakcik tersebut.

31603713 1046713305482594 6431405359918658948 N
sumber: facebook

Menurut Yeo lagi, ketika suaranya terasa tenggelam dan badan letih sebab kena hadiri banyak aktiviti kempen yang diadakan lepas pembubaran parlimen, sokongan yang diberikan pakcik ni bagaikan dah bagi dia semangat baru menjelang pilihan raya yang akan datang 5 hari lagi ni.

Wang diberikan pakcik tersebut katanya jugak akan digunakan dengan sebaik mungkin demi pastikan kejayaan parti PH pada 9 Mei 2018 nanti.

“Saya juga akan sentiasa ingat tindakan pakcik pada masa depan bahawa di atas bahu kita adalah harapan rakyat seperti pakcik untuk melihat negara tercinta kita bangkit semula dan kembali ke landasan yang baik,” tambah Yeo. Tersentuh! 

Giphy 2 1

Semangat seperti inilah yang kita mahukan dalam diri rakyat masing-masing tanpa mengira mana-mana parti. Tak kiralah korang sokong pembangkang atau kerajaan, namun sikap yang ditunjukkan pakcik ni adalah contoh untuk kita semua terus buat perubahan demi kebaikan negara pada masa hadapan.

Kalau korang rasa sesebuah parti atau calon tu boleh mentadbir dengan baik, dermalah apa-apapun walaupun hanya doa supaya usaha mereka tu berbuah kejayaan. At least korang ada jugak contribute something daripada asyik membawang semata-mata kan?

Baca: Ramai Tersentuh Lepas Video Tun M Ni 

Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.