in

Letak Kamera Tersembunyi Untuk Intip Mangsa Di Rumah, Taktik Baru Geng Samun

Ncs Modified20150502221621Maxw640Imageversiondefaultar 150509841

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di atas bukanlah dari footage sebenar. 


Makin hebat teknologi, makin bermacam cara yang digunakan penjenayah untuk memerangkap mangsa. Terbaru, geng samun kini semakin canggih dengan memasang kamera tersembunyi di rumah mangsa untuk mengintip gerak geri mereka setiap masa.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat, taktik terbaru ini terbongkar selepas Geng Samun Picu Itik yang bergiat aktif sejak tiga bulan lepas berjaya ditumpaskan. Bersama geng samun dan pecah rumah tersebut, polis telah merampas enam buah kamera yang dipercayai digunakan dalam mengintip mangsa sasaran.

Screenshot 031015 091122 Am
gambar hiasan – sumber: rimanews

Modus operandi geng ini mudah sahaja. Kamera diletakkan di rumah yang menjadi sasaran tanpa pengetahuan mangsa. Tempat strategik seperti pasu bunga dipilih supaya mereka boleh mengintip gerak laku mangsa untuk merancang pecah rumah.

Kamera tersebut menurut Shafien, berfungsi sebagai CCTV yang boleh disambungkan pada telefon bimbit penjenayah yang membolehkan mereka memantau pergerakan keluar masuk penghuni rumah.

C902Bfa9Ed6C
gambar hiasan – sumber: besplatka

Walaupun begitu, dengan penahanan kesemua suspek geng tersebut, polis telah berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes samun dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang dengan anggaran nilai kerugian RM100,000.

Ia bermula dengan penangkapan empat anggota geng yang berusia 24 hingga 41 tahun dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri dekat Setia Alam 5 Mei lepas. Walau bagaimanapun, salah seorang dari suspek maut apabila terjatuh ke aras bawah bangunan ketika cuba melarikan diri.

Dalam serbuan di rumah suspek, polis telah menjumpai bom buatan sendiri, 200 keping wang palsu serta beberapa alat memproses dadah. Kesemua suspek ditahan reman sehingga Jumaat ini dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Makin canggih penjenayah zaman sekarang. Nampaknya kenalah periksa halaman rumah takut-takut kena tanda ‘X’ oleh penyamun ala-ala Ali Baba Bujang Lapok. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.