in

Lepas Dikecam Isu Video ‘Animal Abuse’, Chef Wan Kongsi Momen Jaga Kucing Lepas Beranak Siap Berpantang

Kucing Chef Wan Pantang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, Chef Wan atau nama penuhnya, Datuk Redzuawan Ismail telah menjadi tumpuan netizen selepas tular mengenai isunya memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan seekor kucing telah diseksa dengan kejam.


Menurut Chef Wan, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk menunjukkan rasa simpati dan kasihan kepada haiwan tersebut, namun tindakannya dianggap tidak sesuai kerana telah memberikan kesan trauma kepada pengguna media sosial.

Jaga kucing lepas beranak, siap berpantang lagi! 

Setelah sekian lama mendiamkan diri berhubung isu itu, hari ini, cef terkenal tersebut telah memuat naik satu posting di Instagram memaparkan momennya menjaga seekor kucing yang telah melahirkan tujuh ekor anak.

Video tersebut difahamkan telah dirakam dua tahun lepas dan Chef Wan menjelaskan bahawa dia telah menjadi bidan dalam melahirkan anak-anak kucing itu dengan selamat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Tak cukup dengan itu, kucing berkenaan juga telah diberi rawatan berpantang siap dengan mengurut dan bersengkak katanya.

Dia juga berharap video tersebut tidak ada yang ‘report’ kepada pihak NGO susulan apa yang telah berlaku sebelum ini.

Once upon a time kita jadi mak bidan dari melahirkan 7 ekor anak tu sampailah dalam pantang Datin Kiah Propa contract Bidan Mak Limah ini….

“Siap mengurut dan menyengkak sekali. Jangan pulak ada pi report animal cruelty assoc. pulak!” tulisnya.

“So cute la uncle wan siap berpantang mak bulus” 

Video berkenaan telah mendapat pujian netizen yang mana rata-rata memahami sikap Chef Wan yang begitu sayangkan kucing.

Malah gelagat cef itu juga dirasakan comel kerana melayan kucing tersebut seperti darah dagingnya sendiri.

Chef Wan

Mungkin hari tu Chef Wan tersalah langkah dalam muat naik video tersebut. Ternyata dia memang sayangkan kucing-kucingnya. Boleh tengok sendiri di IG beliau. 

Baca: “Apa benda ni?” – Netizen Terkejut Chef Wan ‘Post’ Video Kucing Kena Dera?

Wan Wan Wan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.