in

“Apa benda ni?” – Netizen Terkejut Chef Wan ‘Post’ Video Kucing Kena Dera?

Chef Wan Kucing

Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan merupakan antara ikon masakan yang ternama di Malaysia, beliau juga memiliki beberapa cawangan restoran.

Pun begitu, semalam namanya menjadi perbualan di Twitter apabila beberapa orang netizen berkongsi Chef Wan telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang memaparkan seekor kucing diseksa dengan kejam.

Menerusi sebuah tangkap layar, di ruangan kapsyen cef ternama itu beliau memberitahu tujuannya memuat naik video berkenaan adalah untuk menunjukkan rasa simpati dan kasihan terhadap haiwan itu.

Fwvtlw1Agamql1U

“Saya menangis menonton video ini yang dihantar kepada saya, Ya Allah tolong hukum semua orang yang melakukan kekejaman ini, tak tahu video ini dari mana tetapi ia sangat sukar untuk ditonton.

Kekejaman dan kejahatan berada disekitar kita,” tulisnya.

Walaupun niatnya baik tetapi ramai netizen yang merasakan ianya tidak sepatutnya dimuat naik kerana video berkenaan terlalu kejam dan boleh membuatkan ramai yang trauma.

Selain itu, ramai juga yang berpendapat Chef Wan tidak sepatutnya kongsi video berkenaan memandangkan pengikutnya di media sosial itu melebihi sejuta.

Cats 48

Setakat artikel ini ditulis, posting berkenaan telah pun dipadam dan belum ada sebarang kenyataan daripada Chef Wan.

Baca: “Macam mini market” –  Chef Wan Tegur Pengurusan KLIA, Penampilan Kurang Sesuai

Chef Wan Kritik Klia