in

Lepas Bapa Mertua & Suami, Aishwarya Rai & Anak Pula Disahkan Positif Covid-19

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Ahad lepas, pelakon Bollywood Amitabh Bachchan telah memuat naik tweet mengatakan yang dia telah disahkan positif Covid-19. Pelakon ini turut berpesan supaya orang yang berada dalam jarak dekat dengan dirinya sejak 10 hari lalu dinasihatkan untuk membuat ujian.


Tak lama kemudian, anaknya Abishek Bachchan turut update tweet memberitahu yang dia dan bapanya telah dijangkiti Covid-19 dan kini sedang dirawat di hospital. Abishek turut meminta orang ramai untuk kekal tenang dan jangan panik dengan keadaan dia dan bapanya.

Aaradhya Bachchan Abhishek Bachchan Amitabh Bachchan Abhishek Bachchan

Beberapa jam selepas itu, Abishek memuat naik satu lagi tweet memberitahu yang isterinya, Aishawarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya juga telah disahkan positif dan kini sedang menjalankan kuarantin di rumah.

Manakala isteri Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan dan ahli keluarga yang lain bebas dari jangkitan ini.

Kalau korang nak tahu, semalam India merekodkan kes positif paling tinggi sekali di negara itu dengan jumlah kes baru sebanyak 28,637 selama 24 jam dan mencatat sebanyak 551 kes kematian.

 

Baca: Bintang Bollywood Amitabh Bachchan Dan Anaknya, Abhishek Positif Covid-19

Screenshot 2020 07 13 At 11.37.24 Am

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.