in

Bintang Bollywood Amitabh Bachchan Dan Anaknya, Abhishek Positif Covid-19

Untitled 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan telah disahkan positif Covid-19. Berita ini disahkan oleh beliau sendiri di laman Twitter miliknya.

“Saya telah disahkan positif Covid-19 dan kini telah dipindahkan ke hospital”

Tidak lama selepas itu, anak lelakinya Abhishek turut mengesahkan bahawa dia juga telah disahkan positif Covid-19.


Bachchan, 77 dan Abhishek, 44 telah dibawa ke Hospital Nanavati di Mumbai selepas mereka mengalami beberapa simptom-simptom Covid-19.

Menurut sumber, keadaan Amitabh masih stabil dan kini sedang ditempatkan di bilik kuarantin hospital.

73 Amitabh Bachchan

Amitabh juga menggesa agar orang ramai yang pernah berjumpa dengan beliau dalam 10 hari sebelum ini agar membuat ujian saringan.

Pengumuman menyedihkan ini turut mendapat reaksi sedih para selebriti di India yang turut mendoakan kesihatan Amitabh Bachchan dan anaknya.

Kredit: BBC

 

BACA: 1,772 Kematian Akibat Radang Paru-paru, China Beri Amaran Ada Virus Baru Wujud Lebih Bahaya Daripada Covid-19

Capture 20

Sumber: The Week

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.