in

Lepak Depan TV Tonton 7 Rancangan Menarik Sempena Raya Ni

RAYA RANCANGAN 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Raya datang lagi! Seperti tahun-tahun sebelumnya, stesen TV sudah semestinya nak hiburkan korang semua dengan pelbagai rancangan menarik yang pasti takkan buat korang bosan seharian di rumah sambil melayan tetamu dan saudara mara yang datang bertandang.

Supaya korang tak terlepas semua rancangan menarik di kaca TV ni, ini admin senaraikan 7 rancangan televisyen menarik sempena raya ni yang korang boleh tonton dengan ahli keluarga yang lain.


 

1. Sepahtu Reunion Al Raya

bi4S8kCe
Sumber: Twitter

Tak mau bersedih-sedih di Hari Raya? Apa lagi tontonlah kumpulan Sepahtu dan selebriti jemputan dalam sketsa komedi yang menarik sempena raya ni. Gerenti tak kering gusi punyalah malam raya korang nanti.

Siaran: 14 Jun 2018, 10 malam

Saluran: Astro Warna dan Warna HD

 

2. Gegar Raya Vaganza

liza hanim gv4
Sumber: Blog

Rindu Dato’ Vida di kaca televisyen? Haa jom tonton rancangan khas Gegar Raya Vaganza yang menampilkan peserta Gegar Vaganza musim lepas bersama hos Nabil dan Jihan Muse. Pasti menghiburkan!

Siaran: 14 Jun 2018, 11 malam

Saluran: Astro Ria dan Raya HD

 

3. Pok Ya Cong Codei Siti di Hati

qdphWheJRT6jkTfmDZgFnkVlPPg
Sumber: Blog

Kalau korang layan drama Pok Ya Cong Codei sebelum ni lakonan Sabri Yunos, korang kena tengok sekuelnya yang berkisarkan tentang kehadiran gengster muda yang mahu merampas takhta Pok Ya sebagai gengster besar Kelantan.

Siaran: 30 Jun 2018, 9 malam

Saluran: Astro Citra

 

4. Melodi Raya

018908839
Sumber: mStar

Sama seperti tahun-tahun lepas, Melodi pasti akan buat rumah terbuka bersama artis dan kali ini ia berkonsepkan drama dan hiburan. Dengan berlatarkan suasana kampung, Janna Nick dan Ajak akan bawa korang beraya ke rumah rakan artis di hari raya. Mereka akan berborak santai sambil dihiburkan dengan persembahan artis jemputan.

Siaran: 17 dan 24 Jun 2018, 12 tengah hari

Saluran: TV3

 

5. Wan Peah Balik Beraya

tcjggtkh5o3v Misteri Wan Peah Mobile
Sumber: Tonton

Wan Peah kembali lagi dan kali ni dalam edisi raya! Mengisahkan tentang niat jahat Mas Ayu yang dapat dihidu Wan Peah sehingga memaksanya untuk kembali semula ke Kampung Kuala Pari Hilir. Macam manapun, niat Wan Peah untuk membantu disalaherti Yeh, Li dan Ghani. Apa yang akan terjadi seterusnya? Haa kenalah tonton raya nanti.

Siaran: 21 Jun 2018, 10 malam

Saluran: TV3

 

6. Di Penghujung Sujud

Di Penghujung Sujud
Sumber: Blog

Drama yang menampilkan Wan Maimunah, Ayda Jebat dan Redza Rosli sebagai pelakon utama ni mengisahkan Arif yang cacat kaki dan tangan kirinya akibat kemalangan semasa merempit. Lebih menyedihkan, dia pulak tinggal dengan ibunya yang uzur. Namun semuanya bakal berubah lepas Arif terima jemputan kahwin dari bekas kekasih. Drama ini pasti akan menyentuh jiwa korang yang menontonnya.

Siaran: 15 Jun 2018, 2 petang

Saluran: TV3

 

7. Senarai Raya Papa

Senarai Raya Papa
Sumber: Blog

Menampilkan pelakon hebat seperti Fahrin Ahmad, Nina Iskandar dan Mark Adam, drama raya Senarai Raya Papa ni mengisahkan watak Fairuz yang terpaksa bekerja lebih masa untuk mengumpul duit bagi menampung perbelanjaan raya. Kerana tak mahu mengecewakan keluarga, Fairuz bekerja lebih masa sehingga alami stress melampau. Nak tahu apa jadi kepada Fairuz? Kenalah tonton drama ni.

Siaran: 16 Jun 2018, 9.30 pagi 

Saluran: TV3

Beraya tu, beraya jugak. Tapi kalau bosan-bosan, jangan ketinggalan menonton rancangan menarik sempena raya ni tau! Selamat Hari Raya! 

Baca: Korang Minat Bollywood? Ini 10 Filem Underrated Yang Korang Mesti Tengok Sekali Seumur Hidup! 

h 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.