in

Korang Minat Bollywood? Ini 10 Filem Underrated Yang Korang Mesti Tengok Sekali Seumur Hidup!

Hindustan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi penggemar filem Bollywood, movies macam Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein dan Kabhi Khushi Kabhie Gham adalah antara filem hit yang biasa ditonton fans berulang kali kerana pelakon terkenal membintanginya dan plot yang mampu buat korang menangis gilerrr.


Namun filem-filem jenis macam ni dah jarang muncul di pawagam dan admin rasa it’s about time untuk kita move on dengan plot air mata ni dan tonton filem-filem underrated dari Bollywood pulak. Berikut kami senaraikan 10 filem underrated Bollywood yang korang kena tonton sekali seumur hidup. 

 

1. Masaan (2015)

547271237
sumber: blog

Plot seperti ni memang jarang ditemui dalam filem-filem hit dari Bollywood. Ia bukan mengenai kisah boy meets girl lepas tu falls in love. Masaan mengisahkan tentang dua individu dengan dua jalan cerita yang berbeza namun kemudian bertemu di akhir cerita. Devi, seorang gadis baru kematian kekasih sedang menghadapi masalah ugutan daripada polis yang korup. Manakala Deepak, seseorang lelaki yang berkasta rendah dan bekerja sebagai pembakar mayat. Dia jugak diuji apabila teman wanitanya meninggal dalam kemalangan dan keluarganya mendapat tugas membakar mayat kekasihnya itu.

Meskipun filem ni tak sehit mana di India, namun ia mendapat pujian baik daripada pengkritik dan memenangi beberapa awards di Festival Filem Cannes tak lama dulu.

 

2. Ankhon Dekhi (2013)

506790141
sumber: blog

Ankhon Dekhi yang bermaksud ‘Through My Own Eyes’ ini sebuah filem mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Rajesh Bauji yang mendapat keinsafan setelah menghukum anak perempuannya dan teman lelaki tanpa usul periksa. Sejak daripada tu, Rajesh ingin melihat dunia dengan cara yang berbeza. Dia hanya percaya dengan perkara yang dia lihat dengan matanya sendiri saja.

Kisah yang telah mencapai beberapa anugerah daripada Screen Awards 2015 ini wajar mendapat pujian kerana ia menceritakan realiti hidup golongan patriaki di Delhi Lama yang berdepan dengan banyak cabaran.

 

3. Titli (2015)

32374680
sumber: blog

Membawa plot memang lain dari yang lain, filem ini mengisahkan Titli, seorang ahli muda dalam geng mencuri kereta yang ganas di Delhi, India. Benci dengan pekerjaan ‘family business’nya, Titli mencari mencari jalan untuk melarikan diri namun usahanya terbantut bila si abang mengahwinkan dia dengan seorang perempuan bernama Neelu. Bersama Neelu, Titli merancang untuk melarikan diri. Tapi berjayakah dia?

Haa kalau nak tahu kenalah tengok ye kawan-kawan. Filem ni best berjaya mengumpul USD 270,000 (RM1.05 juta) saja pada minggu pertama tayangan.

 

4. Filmistaan (2014)

118552999
sumber: blog

Filem komedi yang pernah ditayangkan di 17th Busan International Film Festival ini mengisahkan hidup seorang lelaki yang sangat gemar menonton filem Hindi. Dia punya suka dengan filem Hindustan sampailah bila kena kidnap secara tak sengaja dan jadi tebusan kat Pakistan pun si lelaki ni tetap dengan filem Hindustannya.

Filmistaan pernah memenangi anugerah Best Featured Film in Hindi di National Film Award tahun 2013. Pasti ketawa terbahak-bahak kalau korang menontonnya!

 

5. Chittagong (2012)

8059103
sumber: blog

Sebuah filem sejarah yang bawa tema berat mengenai pemberontakan penduduk di Timur Bengal (kini Bangladesh) terhadap kolonisasi British. Apa yang lebih menarik, pemberontakan ni dilakukan oleh 50 orang pelajar sekolah dan diketuai oleh seorang cikgu bernama Masterda Surya Sen. Mendapat respon positif daripada penonton, filem ni memenangi beberapa anugerah termasuk Indira Gandhi Award bagi kategori pengarah terbaik.

 

6. Ugly (2014)

315687527
sumber: blog

Tema korupsi dan India memang tak dapat dipisahkan! Ugly adalah antara filem menarik yang memaparkan realiti negara tersebut dengan meletakkan genre psiko-thriller untuk menambah perisa dalam cerita. Ia mengisahkan tentang pelakon lelaki terkenal yang kehilangan anaknya akibat diculik dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai ugutan daripada penculik. Namun di sebalik penculikan ini rupa-rupanya tersirat rahsia yang lagi besar! Gerenti adrenalin korang naik turun masa tengok filem ni.

 

8. Matrubhoomi: A Nation Without Women (2003)

316926568
sumber: blog

Filem yang kuat dengan tema feminis ni jugak memaparkan realiti kehidupan wanita India yang sering diibaratkan sebagai barang pertukaran dan tiada nilai bagi masyarakatnya. Apa yang interesting tentang filem ni ialah latar masanya kemudian berubah ke masa depan pada tahun 2050, yang mana golongan wanita makin berkurangan dan terdapat sebuah kampung yang hanya diduduki kaum lelaki saja. Keadaan tak seimbang ni menyebabkan lelaki terpaksa membeli wanita untuk dijadikan isteri.

Plot cerita ni memang mindblowing gila dan ia pernah ditayangkan di Venice Film Festival 2003.

 

9. The Last Lear (2007)

308140955
sumber: blog

Memang susah kan nak jumpa filem underrated tapi dilakonkan top star macam Amitabh Bachchan, Preity Zinta dan Arjun Rampal? Filem The Last Lear ni lah antara filem yang berjaya sampai dapat anugerah dalam National Award India. Ia mengisahkan watak Harish yang dilakonkan Bachchan yang dah bersara dari melakonkan teater Shakespeare. Disebabkan Harish terlalu agungkan Shakespeare, dia membenci wayang moden dan hampir-hampir menolak tawaran seorang direktor yang ingin jadikan Harish sebagai pelakon dalam filemnya. Kalau suka Bachchan, it’s a must to watch! 

 

10. Hey Ram (2000)

456252250
sumber: blog

Kalau ada yang masih ingat lah, sekitar tahun 2000an filem ni memang agak fenomena kat Malaysia sebab ramai yang tengok filem ni secara sorok-sorok. VCD Hey Ram memang dijual meluaskan oleh lanun cetak rompak dan ia menjadi buruan ramai sebab peminat Shah Rukh Khan nak tengok the other side of SRK dalam filem ni.

Ia mengisahkan konflik agama dan politik antara Ram (Kamal Hassan) dan rakan baik, Amjad (SRK) dalam pergolakan Pakistan dan India. Daripada kawan baik, mereka bertukar jadi musuh bila bapa Amjad membunuh isteri Ram dan Ram pulak membunuh bapa Amjad. Peminat SRK mesti tengok filem ni! 

Rasa-rasa macam bosan dan tak tahu nak buat apa hujung minggu? Jomlah marathon filem hindi ni semua! Gerenti korang ada dapat pengalaman berbeza daripada tonton filem Bollywood yang tipikal tu! 

Baca: 8 Filem Seram Indonesia Yang Diadaptasi Dari Kisah Sebenar! 

H 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.