in

Lelaki Rogol dan Paksa Wanita Minum Gam Kerana Sakit Hati Lamaran Ditolak

Rogol Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sudah tertulis seseorang itu bukanlah jodoh kita, siapalah kita untuk melawan takdir dan ketentuanNya. Namun seorang lelaki telah bertindak membalas dendam akibat sakit hati dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa pinangannya ditolak.


Menurut Harian Metro, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu telah melamar dan menjemput teman wanitanya ke rumah ibu bapanya untuk berbincang tentang perkahwinan mereka. Namun, wanita berusia 29 tahun itu dikatakan menolak lamaran serta pelawaan untuk ke rumah ibu bapa lelaki berkenaan.

Lamaran
gambar hiasan

Ketika kejadian pada 6 Ogos lalu, wanita yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu meminta teman lelakinya untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Semasa di dalam perjalanan, lelaki itu telah singgah di sebuah kedai untuk membeli air dan meletakkan ubat tidur sebelum memberikannya kepada wanita tersebut.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa minum air tersebut dan mula berasa pening. Dalam keadaan separuh sedar, wanita itu telah dibawa ke sebuah hotel bajet di Kepong.

Lelaki itu kemudian bertindak merogolnya di dalam bilik hotel tersebut. Bukan itu sahaja, selepas merogol mangsa, lelaki itu turut memaksa teman wanitanya meminum gam!

Rogol 1
gambar hiasan

Wanita itu bagaimanapun enggan menuruti perintah teman lelakinya menyebabkan suspek mengamuk dan bertindak mengurungnya di dalam bilik hotel berkenaan.

Ketika ditinggalkan berseorangan, mangsa dilaporkan masih dalam keadaan separuh sedar kesan daripada ubat tidur yang diberikan. Namun, wanita itu menggagahkan dirinya untuk menghubungi kaunter pertanyaan hotel menggunakan telefon di dalam bilik tersebut.

Call1
gambar hiasan

Sebaik menerima panggilan, kakitangan hotel itu terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut. Mangsa kemudian diselamatkan namun tindakan lanjut yang diambil pihak berkuasa tidak dinyatakan.

Harap-harap cepat la kena tangkap lelaki durjana tu!

Baca: Gadis Ditikam Tiga Kali Oleh Bekas Teman Lelaki Kerana Tidak Puas Hati Hubungan Cinta Berakhir

Tikam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.