in

Gadis Ditikam Tiga Kali Oleh Bekas Teman Lelaki Kerana Tidak Puas Hati Hubungan Cinta Berakhir

Tikam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa yang mahu hubungan cinta terkandas di tengah jalan. Namun kalau sudah ditakdirkan tiada jodoh, pasangan yang bercinta haruslah menerima kenyataan dan sama-sama move on dengan kehidupan masing-masing.


Pun begitu, tidak semua orang boleh menerima kenyataan akan berakhirnya sebuah hubungan seperti apa yang berlaku kepada pasangan ini. Akibat tidak berpuas hati dengan keputusan bekas teman wanita yang mahu putus cinta, lelaki ini tergamak menikam mangsa di perut dekat tepi jalan Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Young Lady Gets Stabbed By Boyfriend For Breaking Up With Him World Of Buzz
Gadis ditikam tiga kali oleh bekas teman lelaki kerana tidak puas hati hubungan cinta berakhir - lobak merah

Gadis yang berasal dari Kampung Alor Gandas ini telah bertemu dengan teman lelakinya untuk berbincang mengenai mengenai masalah perhubungan mereka. Namun perbincangan tersebut bertukar menjadi ganas apabila suspek berusia 23 tahun menikam mangsa dengan benda tajam di perut kerana tidak mahu memutuskan hubungan. Aduhai! 

Suspek menikam mangsa berkali-kali sehingga berlakunya pergelutan di antara mereka yang menyebabkan mangsa cedera pada bahagian jari dan lutut kirinya ketika cuba mengelak.

Young Lady Gets Stabbed By Boyfriend For Breaking Up With Him World Of Buzz 2
gambar hiasan – sumber: pru14

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, “Mangsa yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan dalaman di perut kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).”

Walau bagaimanapun, mangsa yang dirawat kini stabil meskipun lemah kerana kehilangan banyak darah.

Manakala suspek yang masih menghilangkan diri kini dalam buruan polis dan akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan serius menggunakan senjata berbahaya.

Kalau macam nilah, elok tak bercinta pun tak apa. Kerana putus cinta saja dah nak berbunuh, cuba kalau dah berkahwin. Entah apa jadinya!  

Baca: Anak Tetak Kepala Bapa Di Tawau Kerana Syak Ada Hubungan Intim Dengan Isteri

Tetak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.