in

Lelaki Nyaris Maut Terjerut Tali Ketika Panjat Pokok Kelapa di Kedah

Jerut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Nyaris Maut Terjerut Tali Ketika Panjat Pokok Kelapa di Kedah
Loading
/

Video seorang lelaki dalam lingkungan 20-an terjerut tali ketika sedang mengait kelapa tular di media sosial semalam.


Untitled 1
sumber: facebook

Kejadian yang berlaku di Kobah, Kota Sarang Semut, Kedah itu sempat dirakam oleh seorang penduduk kampung tersebut yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Dalam video itu kelihatan seorang lelaki berbaju biru dan berseluar pendek sedang tergantung daripada pokok kelapa. Leher dan sebelah tangannya terjerut mengakibatkan mangsa gagal memaut batang pokok kelapa tersebut. Mangsa juga dilihat menggelupur kerana cuba untuk melepaskan dirinya namun akhirnya menjadi lemah kerana jerutan terlampau kuat.

Selepas beberapa ketika, mangsa dilihat kaku dan tidak bergerak lagi membuatkan orang ramai menyangka bahawa dia sudah tidak bernyawa lagi.

Page 16

Namun, nasib menyebelahi mangsa apabila seorang lelaki datang membantu dengan memanjat pokok tersebut dan memaut badan mangsa. Selepas tali itu dipotong mangsa kemudiannya terus jatuh ke tanah dan dilaporkan selamat tetapi mengalami luka di lehernya akibat cengkaman tali yang kuat.

Jerut1
sumber: facebook

Sebuah video kemudian dimuat naik menunjukkan mangsa berlegar-legar ketika dikerumuni orang ramai dan kesan jerutan di lehernya itu sangat jelas kelihatan. Syukur alhamdulillah!

Tonton video di bawah:

Make sure keselamatan terjamin sebelum melakukan apa-apa kerja. Pentingkan keselamatan dulu sebelum benda lain.

Baca: Gadis Cuba Bunuh Diri Dengan Kelar Leher Hubungi Polis Minta Bantuan Kerana Tidak Tahan Kesakitan

Kelar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.