in

Lelaki Kongsi Pengalaman Ngeri Akibat Kerap Menggunakan Telefon Bimbit Dalam Gelap

Mata Gelap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menggunakan telefon bimbit sebelum tidur pada waktu gelap sudah menjadi kebiasaan ramai, tidak kira usia. Pada peringkat awal, mungkin tiada kesan pada mata, tetapi jika kerap berbuat sedemikian pastinya akan ada kesan buruk.


Seorang lelaki berusia 26 tahun dari Wuhan, China baru-baru ini berkongsi pengalaman pahitnya kerana kerap menggunakan telefon bimbit dalam keadaan gelap. Menurut World of Buzz, boleh dikatakan dia seolah-olah ‘ketagih’ untuk bermain permainan melalui telefon bimbit.

O Phone Bed Facebook 1200X580
gambar hiasan

Sehinggalah pada suatu hari, dia sedar bahawa matanya semakin kabur dan tidak jelas. Apabila dia memandu pada waktu malam, dia mula tidak dapat melihat dengan begitu jelas.

Menurutnya lagi, suatu hari apabila dia bangun dari tidur, matanya tidak boleh dibuka seperti kebiasaannya. Panik dengan keadaan itu, dia bergegas ke hospital untuk membuat rawatan di mana doktor mendapati atas kelopak matanya diselaputi dengan cecair pekat berwarna putih kekuningan. Lebih menakutkan lagi, cecair itu sangat padat dan keras!

Lelaki Ini Menghidap Kanser Mata Kerana Melihat Skrin Telefon Dalam Gelap Setiap Malam Am5V
gambar hiasan

Selepas pemeriksaan, doktor membuang cecair keras itu daripada kelopak matanya danan proses itu mengambil masa selama 40 minit kerana ianya terlalu keras! Menurut doktor, jangkitan itu lebih mudah terkena pada orang yang mempunyai mata kering dan turut mengingatkan supaya melatih diri menjaga mata dengan baik.

Antara cara yang disarankannya untuk menjaga mata  adalah dengan tidak menggunakan telefon bimbit dalam keadaan gelap, perlu sentiasa menjarakkan mata kita dengan skrin telefon bimbit dan tidak menggosok mata dengan terlalu kerap.

Jangan ambil ringan dengan kes sebegini, mungkin belum terjadi pada anda tetapi tidak salah untuk ambil pengajaran dan berhati-hati kan? 🙂

Baca: Kerana Mahu Rasakan Pengalaman Ngeri, Lelaki Maut Dihempap Keranda di Taman Tema ‘Buried Alive’

Buried Alive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.