Lelaki Ditemui Mati Di Dalam Semak Selepas Dipukul 12 Lelaki di Pasar Tani Kuala Besut

Entah apa salah dan dosa mangsa, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan di dalam semak selepas dipukul 12 orang lelaki dekat tapak Pasar Tani di Kampung Pengkalan Nyireh, Kuala Besut, lapor NST.

Sebelum mayat mangsa ditemui, pihak polis telah mendapat aduan daripada orang awam yang memaklumkan berlakunya satu pergaduhan dekat tapak pasar tani tersebut.

Sumber: Terengganu Times
Sumber: Terengganu Times

Susulan dari aduan tersebut, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa, Nik Muhammad Sharul Anuar Nek Der, 22, berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya.

Facebook: Terengganu Times
Sumber: Terengganu Times
Sumber: Terengganu Times

Aduh kejamnya!

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

Sumber: Terengganu Times

Dalam pada itu, seorang suspek berusia 21 tahun telah ditahan selepas dia membuat laporan polis di balai polis Kampung Raja yang mendakwa beberapa orang mahu menyerangnya.

Selepas tangkapan tersebut dibuat, polis kemudian menahan empat orang lagi suspek yang berusia 20-an di beberapa lokasi berbeza untuk membantu siasatan. Kelima-lima suspek bakal ditahan reman selama tujuh hari.

Kes ini bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca: Remaja Lelaki ‘Mati Otak’ Selepas Dipukul, Diliwat dan Dilecurkan Di Pulau Pinang

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!