Anak dara zaman sekarang kena jaga-jaga. Banyak kes haruan makan anak semenjak dua menjak ini.
Menurut Coconuts, seorang lelaki telah dihukum penjara empat bulan atas kesalahan merakam aksi anak perempuan kandungnya sedang mandi di bilik air pada Julai 2016 lepas.
Lelaki yang berusia 48 tahun itu seorang warganegara Malaysia dan telah melakukan perbuatan tersebut di flat Toh Yi Drive, Singapura mengaku bersalah akan perlakuannya ke atas anak gadis yang berusia 21 tahun.
The Straits Times melaporkan, suspek telah mengikat telefon bimbit hitam di paip yang berada di bawah sebuah besen dekat tandas tersebut. Namun taktiknya tidak menjadi apabila anak perempuannya itu menjumpai telefon tersebut.
Sebaik sahaja telefon tersebut dicabut dari tempat persembunyiannya, anak perempuan suspek mendapati ia berada di dalam mod rakaman. Rakaman serta merta dihentikan dan mangsa memainkan semula video yang telah dirakam telefon tersebut.
Dia menjumpai rakaman dirinya dan beberapa video yang memperlihatkan wajah ayahnya sedang memperbetulkan kedudukan kamera tersebut. Kantoi!
Terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa berdepan dengan ayahnya dan suspek mengakui telah merakam aksi mangsa sejak dua minggu lalu. Marah dengan tindakan ayahnya, mangsa telah memadamkan semua rakaman sebelum mengembalikan telefon tersebut kepada suspek.
Sejak dari kejadian itu, mangsa berpindah dan tinggal bersama rakan sekerjanya.
Melalui siasatan polis, suspek mendedahkan yang dia mempunyai lebih kurang 20 rakaman video aksi anak gadisnya itu di dalam telefon tersebut. Pun begitu telefon tersebut sudah hilang entah ke mana.
Malah katanya lagi, rakaman itu hanyalah untuk tontonan peribadi sahaja. Ceh gila ke apa dia ni!
Namun pada 25 April 2017 lepas, mangsa ditahan atas cubaan membunuh diri di Blok 840 Jurong West Street 81. Semasa kejadian tersebut berlaku, mangsa dikatakan telah mengugut anak perempuan dengan kata-kata dan perlakuannya. Mangsa difahamkan sedang mengalami depresi teruk.
Masyarakat masa kini semakin sakit. Anak dah tak boleh harapkan ayah sendiri nampaknya…
Baca: Wanita Tidak Sangka Rakan Baik Lelaki Pasang Kamera Tersembunyi di Tandas Rumahnya