in

Wanita Tidak Sangka Rakan Baik Lelaki Pasang Kamera Tersembunyi di Tandas Rumahnya

Kamera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Tidak Sangka Rakan Baik Lelaki Pasang Kamera Tersembunyi di Tandas Rumahnya
Loading
/

Kawan adalah pihak kedua yang paling rapat dan disayangi selepas keluarga. Tapi, beringatlah dalam memilih kawan kerana tersilap langkah akan membuatkan anda dalam kesusahan. Zaman sekarang ni, kawan pun sanggup aniaya kawan.


Kawan
sumber: facebook

Menurut World of Buzz, seorang wanita bernama Moon berkongsi di Facebook bagaimana dia telah melalui satu situasi yang tidak disangka-sangka kerana perbuatan rakannya sendiri.

Kisah itu melibatkan seorang lelaki yang telah berkawan dengannya selama lebih 10 tahun dan juga menjadi rakan sekerjanya selama lebih kurang 3 tahun.

Hubungan mereka baik, Moon melayan rakannya itu dengan baik dan malah menawarkannya kerja kerana lelaki itu dalam keadaan terdesak mahukan pekerjaan. Bukan itu sahaja, dia turut menumpangkan lelaki itu bersama isteri selepas berkahwin di rumahnya.

“Saya percayakan mereka sepenuhnya selama ini dan sebagai balasan, apa yang saya lalui menjadi pengajaran hidup buat saya. Selama tiga tahun, mereka telah membantu menguruskan kedai dan dalam masa itu jugalah mereka telah mencuri duit dari syarikat. Mereka turut mengambil komisyen kakitangan dan menggunakannya untuk kepentingan sendiri.”

“Berkali-kali mereka mempermainkan kepercayaan yang saya beri serta mengambil kesempatan di atas kebaikan saya. Apa yang saya terima adalah balasan buruk, saya dengan bodohnya telah memberikan mereka peluang kedua kerana mereka adalah rakan saya. Saya benarkan mereka tinggal dan bekerja di syarikat itu untuk membayar semula wang yang telah dicuri. Pada ketika itulah saya dapat tahu bahawa perangai pasangan ini memang teruk!

Bagaimanapun, dia mendapat tahu sesuatu yang lebih teruk tentang pasangan itu baru-baru ini yang sangat mengejutkannya. Tanpa disangka, dia mendapat tahu bahawa ‘rakannya’ telah memasang kamera intip di setiap tandas rumahnya. Kamera itu dihalakan tepat pada bahagian shower, so faham faham lah dia usha apa kan!

Kawan2
sumber: facebook

“Walaupun tiada video yang dijumpai selepas saya melihat rakaman itu, kamera itu rupa-rupanya boleh disiarkan secara langsung, jadi adakah anda sangka saya akan percaya apabila anda kata anda telah merakam tetapi tidak menonton kesemua video? Lebih teruk lagi, perkara itu telah berlaku sejak Mei 2016 bermakna sudah lebih setahun!”

“Beritahu saya, apa alasan memasang kamera di dalam tandas jika bukan kerana otak anda kotor! Saya layan anda berdua seperti abang dan kakak saya tetapi ini balasan yang kalian berikan. Sebagai isteri kepadanya, kamu masih boleh tenang dan terima kenyataan apabila saya memberitahu bahawa suami kamu sudah melakukan perkara yang lucah.

Kawan3
sumber: facebook

Moon turut memuat beberapa video rakan lelakinya itu sedang cuba memasang kamera tersebut di tandas sebagai bahan buktinya.

Tonton video di bawah:

Sebab tu dah dipesan, buat baik berpada-pada. Zaman sekarang ni manusia suka pijak kepala, lagi-lagi dengan orang yang baik dan tidak berkira.

So, hati-hatilah pilih kawan ye!

Baca: Wanita Ini Tangkap Teman Serumah Lelaki Mengintai Ketika Mandi

Intai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.