Tak mengejutkan, banyak kes bapa culas nak bayar nafkah anak lepas bercerai. Lagi-lagi kalau tak dapat hak penjagaan anak. Macam lepas tanganlah.
Baru-baru ini seorang peguam, Asiah Abd Jalil kongsikan di Facebook penderitaan yang perlu dilalui oleh anak guamnya lepas dia diceraikan suami dan terpaksa bertungkus-lumus membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.
Menurut Asiah, masa pasangan ini masih berkahwin, lelaki tersebut jarang balik menjenguk tiga anaknya di rumah kerana sibuk keluar dengan perempuan lain dan join geng motosikal berkuasa tinggi.
Kemudian, lelaki ini menceraikan anak guam Asiah dan mahkamah syariah memberikan hak penjagaan penuh kepada wanita itu. Semasa perbicaraan nafkah, lelaki tersebut meminta mahkamah untuk menetapkan nafkah yang sikit kerana tak mampu untuk menanggung anak-anaknya ini.
Pun begitu, lelaki ini masih lagi culas membayar nafkah anak-anaknya hinggakan wanita tersebut terpaksa berhempas-pulas menjaga pakai dan makan anak-anaknya.
Nak dijadikan cerita, Allah membuka pintu rezeki wanita ini. Dia ditawarkan untuk bekerja di Riyadh, Arab Saudi dan memegang jawatan besar.
Di sana, segala kemudahan ditanggung majikannya. Anak-anak disekolahkan di International School walaupun yuran mencecah puluhan ribu, mereka diberikan pengasuh, driver dan vila sebagai tempat tinggal.
Namun kebahagiaan empat beranak ni tak berpanjangan, lepas bapa mereka tahu yang bekas isterinya dah tak ada dekat Malaysia, dia minta mahkamah syariah untuk tukarkan hak penjagaan anak-anak walaupun sepanjang tempoh bercerai dulu hak lawatan pun tak dimanfaatkan.
Tambah Asiah lagi, sebabkan ego bapa ini bila dapat tahu anak-anaknya senang di sana, dia meminta mahkamah untuk keluarkan perintah menghalang anak-anaknya untuk ke luar negara kerana risaukan keselamatan mereka. Eh tetiba tahu risau?
Dipendekkan cerita, lelaki ini telah salahgunakan proses mahkamah hingga mahkamah syariah mengeluarkan perintah sekatan ke luar negara untuk anak-anak ini. Oleh kerana itu, pihak imigresen terpaksa akur dengan perintah mahkamah dan menyekat kanak-kanak ini dari pergi ke luar negara bersama ibu mereka.
Kerana tuntutan kerja, ibu ini terpaksa pergi ke Arab Saudhi walaupun pada masa yang sama tetap cuba memperjuangkan hak dia sebagai ibu. Tapi, lelaki ini sekali lagi mengambil kesempatan dan membuat laporan polis mengatakan yang ibu ini mengabaikan anak-anaknya di Malaysia.
Hatinya begitu perit, jiwanya sangat lara. Anak-anaknya dirampas dari hidupnya dengan cara yang keji.”
Ibu tersebut sekarang sedang tenangkan hatinya dan berkelana dari Riyadh ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah dan mengadu pada Allah.
Korang boleh baca cerita penuh dekat bawah ni:
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/2532245943504195
Allahu, kenapa kejam sangat? Admin harap ibu ini diberikan kekuatan dan kemenangan akan berpihak kepadanya.
Baca: Ingat Senang Ke Jadi Ibu Tunggal Nak Tuntut Nafkah Anak Kat Mahkamah?