in

Lebih 50 Peratus Kuala Lumpur Tenggelam, Ini 5 Tragedi Yang Menjadi Titik Hitam Dalam Sejarah Negara

Tragedi Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia ni boleh dikatakan antara negara yang selamat sebab kadar bencana yang berlaku adalah lebih rendah.


Namun begitu, ini tidaklah bermakna negara kita ini tak pernah langsung dibadai tragedi. Malah, ada di antaranya masih menjadi tanda tanya hingga hari ini.

Berikut merupakan lima tragedi yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia.

1. Banjir Besar Kuala Lumpur (1971)

Banjir Besar Kuala Lumpur 1971 E1606011357748

Korang tahu tak yang negara kita ni pernah diisytiharkan darurat bencana?

Pada awal tahun 1971, Perdana Menteri ketika itu, Tun Razak telah mengisytiharkan darurat bencana selepas banjir besar susulan hujan lebat selama seminggu.

Disebabkan itu, lebih 50 peratus Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain seperti Pahang dan Kedah ditenggelami air. Menurut laporan, banjir besar ini telah menjejaskan kira-kira 180,000 rakyat Malaysia.

Banjir Besar 1971 E1606012051931

Banjir ni akhirnya surut seminggu kemudian. Namun, insiden itu telah meragut 57 nyawa dan mengakibatkan kerosakan harta benda bernilai RM84.7 juta. Pakar percaya bahawa kejadian ini berpunca dari infrastruktur pengairan yang lemah dan hujan yang terlalu lebat.

2. Rampasan Pesawat MH635 (1977)

Mh635

Sebelum terjadinya kes kehilangan pesawat MH370, industri penerbangan Malaysia pernah digemparkan dengan satu peristiwa hitam dimana kapal terbang MH635 dirampas ketika di berada di udara sebelum terhempas di Tanjung Kupang, Johor.

Pada 4 Disember 1977, pesawat MH635 sedang dalam perjalan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang membawa tujuh orang anak kapal dan 98 orang penumpang termasuk Menteri Pertanian Malaysia ketika itu, Datuk Seri Ali bin Ahmad dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia Incháustegui.

Menerusi rakaman kotak hitam, penyiasat mengesahkan bahawa kapal terbang berkenaan telah dirampas individu tidak dikenali sebelum menukar haluan ke Singapura. Walau bagaimanapun, pesawat berkenaan akhirnya terhempas di Tanjung Kupang, Johor setelah penjenayah melepaskan tembakan kepada juruterbang dan pembantu juruterbang.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa tiada seorang pun penumpang atau anak kapal yang terselamat dari hempasan yang berlaku pada 8.36 malam itu. Kesemua jenazah mangsa yang tidak berjaya dikenal pasti telah ditanam di dalam satu kubur besar.

3. Tragedi Terminal Feri Butterworth (1988)

Peristiwa Terminal Feri Pangkalan Butterworth Runtuh 3 E1606013543329

Kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Abdul Halim ekoran dua perayaan serentak iaitu Pesta Dewi Kwan Yin dan sambutan ulang tahun Gereja St. Anne dikatakan menjadi punca keruntuhan jambatan Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth, Penang.

Kejadian yang berlaku pada Ahad, 31 Julai 1988 itu telah meragut 32 nyawa dan mengakibatkan kecederaan kepada 1,674 yang lain. Menurut laporan, jeti setinggi 5 meter itu tidak mampu menampung bilangan orang ramai dan runtuh secara tiba-tiba pada jam kira-kira 4.30 petang.

4. Runtuhan Highland Tower (1993)

Highland Tower E1606014138939

Pada tarikh 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok pangsapuri Highland Tower yang terletak di Taman Hillview, Bukit Antarabangsa, Ampang jatuh menyembah bumi. Dikatakan berpunca dari kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat selama dua minggu, runtuhan kompleks ini telah meragut nyawa kira-kira 48 penghuni.

Pada hari ini, blok yang masih terselamat iaitu blok dua dan tiga masih lagi berdiri. Namun, bangunan itu sudah ditinggalkan dan dilaporkan telah menjadi mangsa vandalisme.

5. Kehilangan Pesawat MH370 (2014)

Mh370 E1606014456952

Merupakan salah satu misteri yang masih belum dirungkai, kes pesawat MH370 semestinya masih segar di minda semua rakyat Malaysia. Kapal terbang yang dalam perjalanan ke Beijing, China itu dilaporkan hilang secara tiba-tiba usai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tarikh 8 Mac 2014.

Difahamkan, menara kawalan sempat menerima satu pesanan suara daripada pembantu juruterbang, Fariq Abdul Ahmad pada jam 1.19 pagi iaitu kira-kira 20 minit selepas pesawat itu berlepas yang mengucapkan selamat malam kepada semua. Kapal terbang berkenaan kemudiannya menukar haluan sebelum hilang dari radar Ketenteraan Thailand beberapa minit kemudian.

Apabila Pesawat Malaysia MH370 itu tidak tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi seperti yang dijadualkan, Malaysian Airlines Berhad (MAS) mengumumkan kehilangan kapal terbang terbabit menerusi media sosial Facebook.

Beberapa bulan selepas itu, sisa pesawat dan tag bagasi MAS ditemukan hanyut dari pantai di New South Wales, Australia. Misi menyelamat dan mencari dilaporkan menelan belanja USD160 juta (kira-kira RM667,440,000.00).

Tragedi-tragedi ini sememangnya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga roh mereka yang terkorban dalam insiden ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Media Tular, I Am Lejen, Odisi, Rojak Daily

Baca: Tragedi: 5 Runtuhan Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

Page Tragedi E1606011008373

Sumber: Odisi
Sumber: Odisi
Sumber: mForum1
Sumber: PenangKini
Sumber: RojakDaily
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.