in

Tragedi: 5 Kes Runtuhan Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

Bangunan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada banyak bangunan yang tinggi-tinggi dan megah di mana-mana sahaja dekat Malaysia ni. Even sekarang pun banyak lagi bangunan dalam proses pembangunan yang dijangkakan siap tak lama lagi.


Namun, disebalik bangunan tinggi di Malaysia ni, tersimpan beberapa tragedi runtuhan bangunan pernah berlaku di Malaysia yang takkan dilupakan oleh rakyat Malaysia. So, ini 5 kes runtuhan yang pernah menggemparkan Malaysia.

 

1. Jambatan Terminal Feri Sultan Abdul Halim (1988)

T1
sumber: arkib negara malaysia

Pada 31 Julai 1988 hari Ahad jam 4.40 petang, jambatan Terminal Feri Sultan Abdul Halim yang terletak di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang telah runtuh dan sebanyak 32 nyawa telah terkorban dalam tragedi tersebut. Punca tragedi adalah disebabkan oleh kesesakan lalu lintas yang teruk di Pangkalan Sultan Abdul Halim kerana terdapat dua perayaan serentak yang melibatkan kaum Cina.

Pangkalan Sultan Abdul Halim yang dibina pada tahun 1956 malangnya tidak dapat menampung 10,000 orang penumpang dek kerana tiangnya diperbuat daripada besi konkrit dan lantai pula daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding jambatan ini pula diperbuat daripada besi tumpat yang melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah.

Tragedi1
sumber: blog

Pada masa kejadian, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah serta lantai-lantai papan pun sama roboh. Dinding besi dan bumbung runtuh ke bawah dan penumpang di tingkat atas pangkalan ini menggelongsor serta terhimpit oleh tiang dan pelantar papan.

Sementara 32 orang dicatatkan meninggal dunia dalam tragedi itu, seramai 1,674 lagi tercedera dan mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain. Laluan sebelah kiri terhenti sepenuhnya manakala sebelah kanan beroperasi dan runtuhan tersebut telah dibiarkan macam tu je untuk siasatan lanjut dan perancangan untuk baik pulih.

T2
sumber: blog

 

2. Jaya Supermarket (2009)

T7
sumber: forum

Pada 28 Mei 2009, hari Khamis jam 5.00 petang bangunan pasaraya Jaya atau Jaya Supermarket  di Seksyen 14, Petaling Jaya telah runtuh. Bangunan tersebut telah runtuh sebelum proses merobohkannya dijalankan dengan betul. Terdapat lima jentera berat di bangunan enam tingkat tersebut kerana pekerja telah mula menjalankan kerja meruntuh sejak 20 hari sebelum kejadian.

Struktur bangunan yang tidak lagi kukuh itu runtuh tingkat demi tingkat dan merupakan satu pertiga dari keseluruhan bangunan yang berkeluasan 6,400 meter persegi, meliputi bangunan 10 tingkat yang bersambung dengan bangunan lima tingkat.

T8
sumber: blog

Malangnya ketika kejadian, terdapat beberapa orang pekerja asing di dalam bangunan tersebut yang terperangkap ketika sedang melakukan kerja-kerja merobohkan bangunan itu. Kesemua mangsa adalah warga Indonesia dan gagal keluar dari tapak projek kerana berada di tingkat bawah bangunan ketika runtuhan.

Tragedi yang meragut tujuh nyawa itu telah dibawa hingga ke mahkamah dimana pengarah syarikat telah didakwa berhubung dengan kes tu. Dia dihadapkan ke mahkamah kerana gagal memastikan orang lain yang bukan pekerjanya tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan ketika kerja-kerja perobohan.

T9
sumber: blog

 

3. Highland Towers (1993)

H4
sumber: mstar

Pada 11 Disember 1993, hari Sabtu jam 1.35 petang, negara Malaysia digemparkan dengan runtuhan bangunan yang paling teruk di Malaysia iaitu Highland Towers yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor apabila ia telah runtuh sehingga mengorbankan 48 nyawa.

Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3 yang dibina secara berperingkat di pangkalan barat bukit curam dan teres meluas. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat letak kereta kondo tersebut runtuh.

H2 1
sumber: berita harian

Kesilapan dalam reka bentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok 1 mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ. Masalah sistem saliran juga menjadi antara sebab Highland Towers yang didiami oleh keluarga kelas pertengahan mewah dan penduduk ekspatriat runtuh.

Menyedihkan kerana tragedi ini telah korbankan 48 nyawa yang merupakan rakyat Malaysia, warga asing dari Britain, Jepun, India, Korea, Filipina dan Indonesia. Antara mangsa tragedi tersebut termasuklah anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Carlos Abdul Rashid.

H3
sumber: blog

 

4. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (2009 & 2013)

T12 1
sumber: blog

Pada 2 Jun 2009, Selasa jam 7.30 pagi, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Terengganu telah runtuh. Stadium tersebut telah dibina pada tahun 2008 semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia yang dirasmikan oleh Yang dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Punca kejadian ialah struktuktur bumbung yang tidak stabil dan menyebabkan sebanyak 50% daripada struktur musnah dan mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus. Pemilik kenderaan-kenderaan tersebut sedang menjalankan kerja-kerja memasang lampu.

T10
sumber: blog

Malangnya, stadium ini sekali lagi runtuh pada 20 Februari 2013 jam 11.30 pagi selepas bumbung yang dalam proses pembaikian runtuh lagi buat kali kedua. Runtuhan berpunca daripada kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.

Pada runtuhan kedua ini, seramai lima orang pekerja binaan tempatan cedera dengan tiga daripadanya cedera parah dan mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas berjaya dibawa keluar dari tempat runtuhan setengan jam selepas kejadian ngeri itu berlaku.

T11 1
sumber: blog

 

5. Jambatan Kedua Pulau Pinang (2013)

T3
sumber: blog

Pada 6 Jun 2013, Khamis jam 6.50 petang, jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh. Kejadian berlaku di kawasan darat di Batu Maung dan jambatan tersebut yang panjangnya 30 meter telah runtuh dan menghempap kereta dengan pemandu serta penumpang masih berada di dalam.

Melalui siasatan awal jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) dipercayai punca keruntuhan jambatan tersebut adalah akibat kegagalan kerja struktur asas. Mereka juga tidak menolak kemungkinan tragedi tersebut berpunca daripada kurang penyelengaraan atau pemasangan struktur asas yang betul.

T5
sumber: astro awani

Jabatan polis Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan 20 minit selepas kejadian berlaku dan kren seberat 300 tan digunakan dalam operasi yang disertai 110 anggota dan mangsa terakhir dapat dikeluarkan selepas lebih 24 jam.

Tragedi ini telah meragut satu nyawa yang dijumpai pada 11.35 malam manakala beberapa lagi tercedera. Ada banyak laporan yang mengatakan terdapat empat mangsa yang meninggal dunia, namun, pihak polis menafikan dakwaan itu. Jambatan Kedua Sdn. Bhd (JKSB) membayar RM10,000 kepada setiap orang awam yang jadi mangsa dalam tragedi tersebut.

T6
sumber: astro awani

Tragedi yang berlaku ni memang tak disangka-sangka dan telah terpahat di hati rakyat Malaysia sebab merupakan antara titik hitam yang berlaku di negara ini. Semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati dalam membina bangunan.

Baca: 10 Tragedi Mati Lemas Ketika Memancing Yang Pernah Berlaku di Malaysia

H5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.