in

“Laki-laki gitu masih ada di bumi ini” – Disuruh Kahwin Dengan Isteri-Isteri Rakannya, Ini Jawapan Win Ifan Seventeen

Featured Ifan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semua sudah tahu akan kisah penyanyi lead kumpulan Seventeen, Ifan Seventeen yang baru-baru ni kehilangan bukan saja ahli kumpulan bandnya tetapi isteri tercinta dalam tragedi tsunami Sulawesi.


Meskipun berbulan sudah berlalu, rasa sedih Ifan nampaknya masih lagi berbekas kerana dia masih memuat naik gambar kenangannya bersama si isteri, Dylan Sahara.

016307500 1545535991 3
sumber: blog

Demi untuk mengubati kesedihan Ifan, nampaknya netizen ada syorkan satu cadangan yang dilihat pelik tapi tak mustahil untuk melakukannya. 

 

“Saya sangat setuju kalau mas Ifan Seventeen dan mbak Juliana Moechtar bisa bersama dalam ikatan suci” 

Menerusi perkongsian di instastory Ifan sendiri, seorang netizen mengusulkan supaya penyanyi ini menikah dengan isteri teman-temannya. Antara yang paling kuat digosipkan ialah isteri arwah Herman Seventeen iaitu Juliana Moechtar.

Kahwin Mbak Juliana
sumber: twitter

 

“Allah menganugerahi kita otak supaya kita bisa berfikir” – Ifan 

Pun begitu, Ifan ternyata ada jawapan yang padu untuk diberikan kepada netizen tersebut sehinggakan membuat netizen lain yang membacanya terkedu seketika. Haa nak sangat kan? Dah mendapat! 

Ifan 1

Ifan 2
sumber: twitter

 

“Otaknya pasti half giveaway” 

Berdekah jugak admin baca komen-komen dari netizen berkenaan isu ini. Rata-rata netizen Indonesia kagum dengan kesetiaan dan sikap tenang Ifan menjawab macam-macam persoalan pelik daripada netizen.

Poligami
sumber: twitter

Admin rasa eloklah netizen jangan sibuk soal nikah kahwin orang lain. Doakan yang baik-baik je okay? 

Baca: Gunakan Islam Nak Tegur Ifan Seventeen Akhirnya Makan Diri Bila Netizen Geledah Profil Pemuda Ni Banyak…

Tegur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.