“Laju-laju nak pegi mana?” – Netizen Berang Tengok Kereta Ini Penyebab Kemalangan Lepas Langgar Lampu Merah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah selalu sangat kita tengok orang accident kan. Baik dekat media sosial ataupun depan mata sendiri. Risau je rasa kadang-kadang bila atas jalan tu. Kadang-kadang tu kita dah berhemah dah, tapi orang lain yang bawak kenderaan macam takde hari esok.

Kali ni admin nak share pasal satu kemalangan kat traffic light. Korang kalau dah nampak lampu dah start bertukar kuning tu, tekan lah brek, jangan fikir nak cepat je dan membahayakan orang lain. Sama lah macam video oleh @999Malaysia kat bawah ni.

 

Laju-laju nak pegi mana?

Admin rasa mesti dia nak kejar lampu kuning tu. Pastu dia bawak, Masya Allah punyalah laju, nak pegi mana ntah kalut-kalut sampai langgar orang, sekali traffic light pun luruh gak.

Yang penting sekarang ni kena memandu atau menunggang secara berhemah. Nak tuding jari pun tak guna. Kita boleh amik pengajaran je lah kan.

Kalau kita ingat balik kelas memandu time nak amik lesen dulu, lampu hijau bermaksud, teruskan perjalanan dengan berhati-hati. Ramai orang faham yang first part tu je, part berhati-hati tu ramai yang tak berapa endah.

Itu terlanggar traffic light. Tapi ye lah kan,laju betul sampai boleh terjatuh lampu tu. Banyangkan lah orang yang kena langgar tu macam mana kan.

 

Baca: “Dia mabuk ke kau yang lalok? – Kemalangan, Tapi Netizen Sokong ‘Pemabuk’ Yang Langgar Kereta Wanita Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.