in

“Dia mabuk ke kau yang lalok?” – Kemalangan, Tapi Netizen Sokong ‘Pemabuk’ Yang Langgar Kereta Wanita Ini?

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benda pertama yang admin belajar bila kemalangan berlaku, salah atau tak, kena jugak buat laporan polis dan tak payah gatal-gatal nak settle luar.


Namun bagi wanita ni lain pula, seorang wanita telah menceritakan ke Twitter tentang kemalangan yang berlaku padanya beberapa minggu lalu.

Menurut wanita ini, seorang lelaki yang dikatakan dalam keadaan mabuk telah melanggar keretanya yang tak bergerak dan berada dalam petak parking yang sah.

Wanita ini berkata, lelaki tersebut tak berikan kerjasama untuk selesaikan isu kemalangan ini dan dia tak ada pilihan lain selain tunjukkan perangai lelaki itu ke media sosial.

Tambah wanita ini, lelaki tersebut telah menyalahkan dia padahal kereta dia tak bergerak pun. Wanita ni juga turut melampirkan beberapa screenshot perbualan dia dan lelaki yang melanggarnya.

“Dah lah kau mabuk macam setan”

Emfyarauwaapomj

Emfyarbu8Aazf R Emfyarbuwaawzr6

Ok, kalau betul dakwaan wanita ni yang lelaki tersebut memandu dalam keadaan mabuk dah tentulah lelaki tu yang salahkan? Tapi, at the same time, lelaki ni juga membuat keputusan yang betul menyuruh polis yang menentukan siapa yang salah. Kan?

Screenshot 2019 12 24 At 3.39.04 Pm Screenshot 2019 12 24 At 3.39.41 Pm

Ekoran dari kecaman yang wanita ini dapat dari netizen, dia telah menceritakan kisah penuh tentang apa yang lelaki tersebut lakukan padanya.

Wanita ini berkata, selepas lelaki ini melanggar keretanya, dia turut melanggar beberapa kereta lain di sana dan akhirnya berhenti dan keluar sambil menjerit dan menyalahkan wanita ini.

Selepas kejadian itu, wanita ini berkata dia telah ambil gambar IC lelaki tersebut dan lelaki itu memaksa wanita ini membayar ganti rugi kerosakan keretanya. Amboi?

Mungkin gara-gara kecaman yang diterima, wanita ini telah pun memadam tweet dia tentang kemalangan ini.

Lepas dah dengar cerita penuh, korang rasa siapa yang salah ni?

 

Baca: “Nasib baik tak langgar orang lain” – Lagi Kes Pemandu Mabuk, Netizen Zahir Rasa Bimbang

Screenshot 2019 12 24 At 3.53.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.