in

Konon Kena Langgar. Rupanya…

Page Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang selalu tak tonton dekat YouTube scam yang tengah trending sekarang ni di negara luar macam di China?


Scam ni sebenarnya melibatkan ‘mangsa’ yang cuba nak claim insurans daripada ‘accident’ yang berlaku dan nampaknya sekarang ada yang cuba untuk meniru aksi berani ni di Malaysia!

Baru-baru ni, seorang pengguna Facebook, Ng Jhen Hau telah membongkarkan hal ini selepas berhadapan dengan situasi tersebut melibatkan seorang lelaki yang cuba melakukan scam yang sama. Katanya,

“Hati-hati dengan lelaki ini di sekitar kawasan SS2 mall yang sengaja palsukan kemalangan ‘claim insurance‘ seperti video di China.”

I1
sumber: facebook

Ng menerangkan bahawa lelaki tersebut datang dari arah jalan yang bertentangan dan dia bernasib baik kerana sempat menekan brek kereta sebelum apa-apa perkara yang serius terjadi.

“Saya sempat berhenti tepat pada masanya. Dia datang dan ‘sentuh’ kereta saya, berdiri dan kemudian terbaring di atas jalan raya.”

Kemain berusaha pakcik ni nak menipu.

Selepas kejadian tu, Ng keluar dari keretanya untuk bersemuka dengan lelaki berkenaan kerana dia tahu lelaki itu hanya berpura-pura. Katanya,

“Sejurus selepas saya memberitahu lelaki itu saya mempunyai car-cam, dia terus bangun dan duduk semula di atas scooter elektrik miliknya serta memberitahu bahawa dia seorang orang kelainan upaya (OKU).”

I2
sumber: facebook

Jelas Ng, dia sebenarnya tak ada pun kamera dalam keretanya. Dia hanya berkata demikian kepada lelaki tersebut supaya suspek menghentikan aksinya itu.

“Saya kelentong lelaki tu sebab nak dia berhenti berpura-pura/baring di atas jalan raya.”

Dia juga turut mengingatkan orang ramai supaya berjaga-jaga sekiranya mereka pula menghadapi masalah yang sama dengan lelaki ini di kawasan berkenaan.

I3
sumber: facebook

Orang ramai yang melihat entri Ng rata-rata menyampaikan rasa terkejut sebab perkara yang tidak asing di China kini mula jadi di Malaysia. Mereka juga turut mengingatkan rakan kenalan supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan di kawasan tersebut.

Hu
sumber: facebook

Adoi, berani pulak dia nak buat macam ni kan.

Baca: Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang!

Fi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.