in

Kongsi Reka Bentuk Quranic Village Di Twitter, Netizen Pertikai Keperluan Menteri Teruskan Projek Mega

Untitled Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerima kecaman hebat warga maya selepas beliau memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan reka bentuk projek mega Quranic Village di Twitter rasminya semalam.


Menerusi perkongsian tersebut, Annuar memaklumkan bahawa reka bentuk projek itu telah hampir siap dan secara dasarnya kerajaan telah bersetuju untuk menjalankan pembinaannya pada tahun depan.

Bagaimanapun, ia menerima respon negatif daripada netizen yang rata-ratanya mempersoalkan keperluan untuk kerajaan melaksanakan projek mega dalam suasana kelembapan ekonomi negara.

Keutamaan jelas mereka, sewajarnya ditumpukan kepada usaha membangunkan ekonomi rakyat yang kebanyakannya telah kehilangan pekerjaan dan berdepan masalah pengangguran.

Nuar 1

Nuar 2

Nuar 3

Nuar 4

Nuar 5

Mei lalu, Annuar memaklumkan projek Quranic Village dengan kos kira-kira RM150 juta dirancang akan dibangunkan di Putrajaya — seperti yang dilaporkan MalaysiaKini.

 

Baca: “Bas percuma untuk warga Putrajaya bermula 1 November untuk kurangkan beban sara hidup” – Tan Sri Annuar Musa

Capture 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.