in

Kisah Vesna Vulovic, Pramugari Terselamat Jatuh Dari Ketinggian 33,000 Kaki Lepas Kapal Terbang Meletop Akibat Sabotaj

Vulovic

Sehingga kini, wanita ini memegang rekod dunia sebagai manusia terselamat selepas jatuh dari jarak paling tinggi. Ini kisah Vesna Vulovic, pramugari yang terselamat selepas terjatuh dari ketinggian lebih 33,000 kaki tanpa payung terjun.

 

‘Tipu’ ketika temu duga untuk jadi pramugari

Vesna Vulovic mula jatuh cinta terhadap ‘melancong’ selepas bercuti ke London dan apabila mendapat tahu rakannya mahu menjadi pramugari, dia juga mula menunjukkan minat yang sama serta ingin mencuba dalam temu duga.

Vesna3

Pada tahun 1971, Vesna berjaya menjadi pramugari JAT Airways selepas ‘menipu’ dalam temu duga. Difahamkan Vesna mempunyai tekanan darah rendah dan kerana tahu masalah itu akan menjadi penghalang dia untuk ‘lepas’ temu duga terbabit, Vesna lakukan sesuatu.

Betul-betul sebelum masuk ke dalam bilik temu duga, Vesna meminum beberapa cawan kopi dengan harapan ianya akan membuatkan tekanan darahnya ‘tinggi’. Seperti diharapkan, taktik Vesna menjadi dan dia berjaya diserap dalam program latihan pramugari.

 

Sepatutnya tidak bertugas

Vesna yang berusia 22 tahun pada ketika itu dilaporkan tidak sepatutnya bertugas dalam penerbangan yang berlepas dari Stockholm (Sweden) ke Belgrade (Serbia) berkenaan. Dia yang baru menjadi pramugari selama 8 bulan itu bagaimanapun menjadi salah satu kru kabin penerbangan pesawat JAT Flight 367 pada 26 Januari 1972.

Vesna6

Difahamkan, syarikat penerbangan terbesar Yugoslavia itu tersilap namanya dengan seorang pramugari lain, juga bernama Vesna, namun dia tidak menolak kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk melancong ke Denmark memandangkan pesawat itu akan membuat persinggahan di Copenhagen.

 

Ada orang sabotaj, seludup bom

Pada jam 1.30 petang, kru penerbangan itu bersiap sedia untuk berlepas dari Copenhagen di mana penumpang baru pula yang menaiki pesawat terbabit. Pada jam 3.15 petang, pesawat tersebut berlepas dan 46 minit kemudian, tragedi itu berlaku.

Satu letupan telah berlaku di bahagian penyimpanan bagasi dan menyebabkan pesawat tersebut terbelah di tengah udara sebelum jatuh terhempas di Srbská Kamenice, Czechoslovakia.

Vesna7

Kapal9

Kapal8

Pesawat itu membawa 28 individu termasuk Vesna dan hanya dia satu-satunya yang terselamat.

Difahamkan, terdapat seorang individu yang membuat sabotaj dan telah meletakkan bom di dalam bagasi. Dalam satu temu ramah, Vesna berkata seluruh kru kabin menyedari tentang perangai seorang lelaki yang dikatakan sangat menjengkelkan.

Ada seorang lelaki yang menjengkelkan. Bukan saya seorang yang sedar tentang hal itu. Kru lain pun nampak dia termasuk pengurus stesen di Copenhagen. Saya rasa dialah yang letak bom dalam bagasi itu. Mungkin dia check in bagasi itu di Stockholm, turun dari pesawat di Copenhagen dan tak naik pesawat semula selepas itu.”

 

Penduduk kampung jumpa bangkai pesawat, terkejut ada yang hidup

Menurut satu portal, seorang penduduk kampung di Czechoslovakia bernama Bruno Honke adalah individu pertama yang menjumpai bangkai pesawat tersebut.

Pada petang itu, Bruno terdengar bunyi jeritan datang dari lereng bukit berdekatan kawasan kampungnya. Tertanya-tanya, dia sendiri telah mencari bunyi tersebut dan terkejut apabila ternampak sesuatu yang mengerikan – bangkai kapal terbang yang terbelah disebabkan letupan.

Vesna5

Vesna2

Dalam fikirannya, tiada yang terselamat daripada tragedi sebegini namun sangkaannya meleset apabila dia sendiri ternampak seorang pramugari memakai uniform berwarna turquoise di sebalik bangkai-bangkai pesawat tersebut.

Ketika itulah, Bruno terjumpa Vesna yang masih lengkap beruniform namun sudah dipenuhi darah. Sama seperti Bruno, Vesna sendiri bagaikan tidak percaya dia masih hidup selepas terhempas dari ketinggian 33,330 kaki tanpa payung terjun.

Kebetulan, Bruno pernah mempunyai pengalaman menjadi pasukan medik ketika Perang Dunia Kedua dan telah memberikan bantuan kecemasan terhadap Vesna sehingga bantuan tiba.

 

Cedera parah, lumpuh dan hidap amnesia

Akibat daripada tragedi itu, Vesna mengalami patah tulang belakang, patah tulang rusuk, tempurung kepala retak, patah kedua-dua kaki dan lumpuh di bahagian pinggang ke bawah Vesna juga dilaporkan koma selama 27 hari selain dirawat selama 16 bulan hingga mampu berjalan semula.

Vesna4

Menurut Vesna, sebulan selepas tragedi itu dia hidap amnesia dan hanya mengingati kejadian satu jam sebelum tragedi itu sehingga sebulan selepas ia berlaku.

Perkara pertama yang saya ingat ialah melihat ibu bapa saya di hospital. Saya bercakap dengan mereka dan bertanya mengapa mereka bersama saya di Slovenia.”

Sangkaan saya, saya di Slovenia kerana baru saja kunjungi Ljubljana sebelum pergi ke Copenhagen.”

 

Macam mana boleh terselamat?

Menurut penyiasat keselamatan udara, Vesna terselamat kerana dia tersepit bersama troli makanan di bahagian belakang pesawat. Ketika pesawat terbelah akibat letupan itu, rakan-rakan kru dan penumpang yang lain tercampak keluar dan mati terhempas.

Penyiasat juga percaya bahagian Vesna terperangkap itu terhempas di kawasan hutan tebal dan ditutupi salji bermakna impak hentakan berkurang. Selain itu, apa yang menyelamatkan Vesna juga adalah masalah tekanan darah rendah kerana ia membuatkan jantungnya daripada burst sebaik sahaja terhempas di lereng bukit tersebut.

Vesna1

 

Tetap suka ‘terbang’

Dek kerana ingatannya hilang dan langsung tidak mengingati apa-apa tentang tragedi itu, Vesna tidak trauma untuk terus ‘terbang’.

Vesna

Tragedi itu menyebabkan nama Vesna meletup dan menjadikannya popular seperti selebriti. Kisahnya terselamat daripada insiden tersebut membuatkan namanya menjadi bualan. Vesna dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 28 Disember 2016 ketika usianya 66 tahun.

Ketika ditemu ramah akhbar tabloid The Sun suatu ketika dahulu, Vesna menceritakan kisahnya itu memberikan impak yang besar sehinggakan ramai yang mahu duduk di sebelahnya dalam pesawat dek kerana percaya dengan tuah dimilikinya.

Ramai orang selalu nak duduk bersebelahan saya di dalam pesawat. Saya bagaikan kucing, saya ada sembilan nyawa”

Baca: Juliane Koepcke: Tercampak Dari Pesawat Setinggi 10,000 Kaki, Remaja Terselamat Lepas Berjalan Dalam Hutan Selama 11 Hari

Lansa 508 Juliane

Sumber: Facebook
Sumber: Airlive
Sumber: Airlive
Sumber: The Sun
Sumber: NYTimes