in

Juliane Koepcke: Tercampak Dari Pesawat Setinggi 10,000 Kaki, Remaja Terselamat Lepas Berjalan Dalam Hutan Selama 11 Hari

Lansa 508 Juliane

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengok orang buat terjunan menggunakan payung terjun pun kita dah seriau, bayangkan kalau korang tiba-tiba terjatuh dari sebuah pesawat setinggi 10,000 kaki tanpa apa-apa payung terjun dan ciri-ciri keselamatan. Mesti fikir nak mati je kan… 


Namun keajaiban berlaku kepada gadis yang berusia 17 tahun ini apabila dia terselamat daripada bencana. Macam mana? Ini alkisahnya… 

 

Naik flight ke Hutan Amazon untuk berjumpa dengan ayah 

Juliane Koepcke tidak pernah menyangka suatu perkara buruk akan berlaku ketika menaiki penerbangan LANSA Flight 508 sehari sebelum Krismas tahun 1971.

Dia yang berusia 17 tahun itu menaiki kapal terbang dengan ibunya daripada Lima, Peru ke kota timur Hutan Amazon. Kedua ibu bapanya merupakan ahli zoologis Jerman yang telah berpindah ke Peru untuk mempelajari hidupan liar.

Sama seperti ibu bapanya, Juliane yang baru menerima diploma dari sekolah tinggi sebelum pesawat tu berlepas mempunyai impian untuk mempelajari Zoologi juga.

Juliane Koepcke
Juliane ketika terima diploma | sumber: allthatinteresting

 

Pesawat LANSA 508 terhempas, Juliane terjatuh dari ketinggian 10,000 kaki!

Flight itu sepatutnya berdurasi 1 jam saja. Duduk di kerusi 19F, penerbangan tu tak ada masalah langsung sehinggalah awan bertukar jadi hitam dan pesawat mula bergoncang kuat.

Lockheed L 188A Zp Cbx Lap Asu 19.04.75 Edited 2
Pesawat lansa 508 | sumber: wikipedia

Tiba-tiba saja pesawat tu berada di tengah-tengah kawasan hujan kilat. Ia malangnya telah dipanah petir yang kuat sehingga pecah berkecai di atas awan.

“Apa yang berlaku memang tak tercapai dek akal,” kata Juliane.

Kedengaran suara orang menjerit di sana sini dan tiba-tiba saja bunyi tu hilang dan diisi dengan bunyi angin menderu ke telinga. Masih kukuh di kerusi, Juliane tersedar yang dia telah terjatuh daripada kapal terbang dan beberapa saat kemudian dia pengsan.

Gila tak gila, Juliane sebenarnya telah terjatuh dari ketinggian 10,000 kaki ke tengah-tengah hutan hujan Peru! Aduhai… 

Peru Crash Map
Peta di mana pesawat jatuh | sumber: allthatinteresting

 

Patah tulang selangka, Juliane harung 11 hari dalam hutan 

Ajaibnya Juliane Koepcke masih hidup! Dia cuma mengalami patah tulang selangka dan luka dalam pada betis. Malah lebih mengejutkan, Juliane dapat bertahan dalam kesakitan selama 11 hari! Woahhh… 

Sebaik tersedar dari jatuh, Juliane mengalami konkusi dan terkejut namun dia masih dapat memproses apa yang berlaku di sekelilingnya. Lepas terpengsan hampir setengah hari, Juliane cuba kuatkan diri dan bangun untuk mencari ibunya.

Semasa dalam proses mencari, Juliane terjumpa sebuah telaga kecil. Lantas dia teringat kata-kata bapanya, “Kalau terjumpa sungai, ikut arah sungai tersebut”. Dari situlah dia jumpa sebarang bantuan. 

70965376 1427382160772994 5403238638425210880 N
Juliane mengharungi air sungai | sumber: facebook

Pada hari keempat perjalanan, Juliane bertemu dengan tiga mayat masih melekat pada kerusi duduk pesawat. Dia juga menjumpai beberapa bungkus gula-gula. Perkara itulah yang menjadi sumber makanannya sepanjang di dalam hutan.

Selepas 11 hari di dalam hutan, Juliane melintasi sebuah pondok dan memilih untuk berehat seketika untuk melepaskan penat. Pada saat ini, Juliane sudah terfikir bagaimana nasibnya jikalau mati keseorangan dalam hutan.

Juliane Keopcke Panguana 1971
sumber: diciples of flight

Tapi… tidak Juliane sangka akhirnya dia berjaya diselamatkan! 

 

“Orang pertama yang saya jumpa tu macam berjumpa dengan malaikat” – Juliane

Juliane terdengar suara yang terang-terang bukan mainan imaginasinya. Mereka merupakan 3 orang misionari Peru yang tinggal di dalam pondok itu.

Orang pertama yang saya jumpa tu macam berjumpa dengan malaikat,” kata Juliane.

Pada mulanya, 3 orang Peru tu agak takut dengan Juliane tapi mereka benarkan dia tinggal satu malam di situ. Keesokan harinya mereka bawa Juliane menaiki bot ke sebuah hospital berdekatan bandar.

49098353 1188929977951548 7193479899020001280 N
sumber: facebook
Juliane Saved
sumber: allthatinteresting

Selepas dirawat, Juliane ditemukan dengan bapanya. Dia juga bantu pihak berkuasa untuk mencari sisa pesawat yang terhempas serta mayat-mayat yang sudah mereput.

91 orang menaiki pesawat itu, hanya Juliane yang terselamat. Ibunya juga terkorban dalam nahas tersebut.

 

“Kenapa saya satu-satunya yang terselamat?” 

Juliane yang tercedera dan kehilangan ibunya dalam nahas pesawat ini mengalami ketakutan untuk naik kapal terbang dan sering diganggu dengnan mimpi-mimpi menyeramkan.

Walau bagaimanapun beberapa tahun selepas itu, Juliane berjaya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang biologi di Universiti Kiel, Jerman.

Dia kemudian kembali ke Peru untuk belajar mammalogy. Juliane seterusnya berkahwin dan menukar namanya menjadi Juliane Diller.

A278B11114E22E19E27Cecb953E35D2E
sumber: news au

Pada 1998, Juliane kembali ke tapak nahas untuk merakamkan dokumentari Wings of Hope mengenai kisah hebatnya itu. Dia kembali menaiki kapal terbang yang sama, di seat 19F. Kali ini, Juliane berasa sedikit tenang.

Setiap kali dia teringat akan insiden hitam ini, Juliane selalu bertanya:

“Kenapa saya satu-satunya yang terselamat?”

Persoalan ini akan sentiasa bermain di dalam fikiran. 

Baca: 5 Tragedi Pesawat Terhempas Menggemparkan Negara dan Masih Kekal Misteri Hingga Kini

Nahas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.