Hari ni penuh Timeline Twitter, Facebook admin dengan Perhimpunan Anti-ICERD. Admin tengok ramai juga yang join, Azwan Ali, Ustaz Azhar Idrus, bekas Perdana Menteri kita pun turut turun padang. Tak silap admin perhimpunan ni diadakan sekitar Kuala Lumpur dan ramai juga orang-orang dari negeri lain yang turut sama turun padang walaupun jauh dari Perak, Kelantan, Pahang dan banyak lagi lah.
Sumber: Twitter
Tak patut ibu bapa libatkan anak-anak kecil
Tapi yang tak sedap didengar, ada segelintir netizen bersuara pada ibu bapa yang bawa anak-anak kecil mereka ke perhimpunan Anti-ICERD ni. Menurut netizen tak perlu dan tak patut ibu bapa libatkan anak-anak kecil mereka join sekali perhimpunan ni.
Sumber: Twitter
Salah jika bawa anak-anak
Ada juga yang berpendapat bahawa ibu bapa yang bawa anak ni dah jadi satu kesalahan dan sepatutnya mereka boleh ditangkap oleh pihak berkuasa walaupun perhimpunan ini bukan satu perhimpunan haram. Erm, betul ke?
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Mungkin mereka yang bersuara ni risau dengan keselamatan budak-budak, sebab ye la kita tak tahu apa yang akan jadi dalam tengah ramai-ramai orang tu. Tapi takpela mungkin ibu bapa dah buat langkah berjaga-jaga dan sentiasa pastikan anak bersama-sama mereka.
Ibu bapa busy dengan ICERD
Tak kurang juga, ada netizen yang melemparkan pendapat dan menyangkakan ibu bapa ni asyik busy dengan ICERD je sampai anak tak reti jaga. Hmm…
Sumber: Twitter
Admin rasa mungkin kita semua tak pernah ada dalam situasi ibu bapa anak-anak kecil ni, jadi kita tak boleh nak buat tuduhan melulu terhadap ibu bapa yang bawa anak mereka ke perhimpunan tu. Kita bersangka baik saja la ye!