in

“Itu video lama” – Waytha Moorthy Jawab Isu Viral Video Kenyataan Kontroversi Pencabulan Hak Asasi di Malaysia

Waytha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang weekend ini, pasti korang takkan terlepas mendengar perbincangan tentang isu politik yang panas macam ICERD dan terbaru mengenai tersebarnya video kontroversi berkaitan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy. 


Bagi yang masih blur, ini rumusan ringkas mengenai video hot yang jadi topik pertelingkahan ramai.

 

Berlaku pencabulan hak asasi di Malaysia kepada kaum India, dipaksa masuk Islam kalau nak bekerja dengan kerajaan?

Menerusi sedutan video yang berdurasi 2 minit lebih, Waytha Moorthy yang telah diwawancara oleh sebuah stesen TV Belanda selepas ‘ledakan’ perhimpunan Hindraf pada November 2007 mengatakan beberapa perkara yang dilihat sebagai fitnah kepada kerajaan Malaysia.

Antaranya ialah dengan mendakwa kebanyakan mereka yang beragama Hindu telah dipaksa masuk Islam demi untuk mendapat pekerjaan di sektor kerajaan. Whaaat?

Tonton video di bawah:

 

“Itu kisah lama” – Waytha Moorthy

Setelah video tersebut viral dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, Waytha Moorthy semalam dalam satu kenyataannya menganggap perkara tersebut merupakan isu lama kerana video tersebut juga telah dirakam pada hampir 10 tahun yang lepas.

“Sesetengah penunjuk perasaan didakwa. Saya sendiri telah dipenjarakan dan diseksa.

“Peguam-peguam perhimpunan itu dari Hindraf ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pasport antarabangsa saya dibatalkan oleh kerajaan ketika saya berada di ibu pejabat PBB di Geneva, membuat representasi mengenai nasib masyarakat India,” katanya dalam satu kenyataan semalam di Astro AWANI.

P Waythamoorthy Hindraf Malaysia 1
sumber: fmt

Tambahnya lagi, segalanya-galanya mengenai India adalah ‘haram’ ketika UMNO memerintah.

“Dasar-dasar oleh kerajaan UMNO ketika itu telah menghalang majoriti masyarakat India untuk ‘menyertai’ pembangunan arus perdana,” katanya.

Pun begitu, Waytha Moorthy secara peribadi telah pun menjelaskan kepada Tun M berhubung aktiviti beliau yang dahulu dan keadaan sebenar masyarakat India. Malah tegasnya, Hindraf juga menyokong kepimpinan Tun sebelum PRU14 lagi dan berikan sokongan untuk pastikan UMNO dapat dikalahkan.

 

Lebih 10k ‘sign’ petisyen desak Moorthy letak jawatan 

Meskipun telah menjelaskan isu sebenar, desakan supaya Moorthy meletak jawatan masih diteruskan dengan lebih 10,000 orang menandatangi petisyen di Change.Org yang digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

P Waytha Moorthy1707
sumber: malay mail

Menurut GPS, tindakan Moorthy telah memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa dengan sebar fitnah seperti rumah ibadat mereka dirobohkan sesuka hati oleh pihak berkuasa di Malaysia.

“Antara lain berkeras mahu meratifikasikan ICERD; Gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri;  Mempunyai latar belakang yang agak kontroversial,” kata GPS, lapor Sinar Harian.

Apa-apapun harap admin, janganlah ada di antara kita yang menambah minyak ke dalam api berkaitan isu ini. Marah memang marah, tapi berbudi bahasalah dalam melontarkan pandangan dan pendapat di ruang komen nanti. Panasss!

Baca: Datuk Ini Tuduh Timbalan Menteri Pakai Baju Komunis Di Hadapan Askar Melayu, Rupa-rupanya…

Dap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.