Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kes di mana seorang kakak bergaduh dengan adiknya yang berakhir dengan kematian adiknya itu, difahamkan kes tersebut berpunca daripada pertelingkahan kedua-dua mereka berkenaan tempat duduk dalam kereta.
19 Oktober lalu, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai.
Hari ini, anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, bunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Menurut laporan Kosmo!, pendakwaan tersebut telah dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Mirdah Mohd. Yunos yang mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.
Selain itu, remaja perempuan itu diwakili peguam meminta ikat jamin dikurangkan kerana faktor usia serta dia tidak ada sebab untuk melarikan diri.
“Tertuduh tidak ada sebab untuk melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM)” katanya.
Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan dia perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, kes akan disebut semula 5 Disember ini.
Baca: “Kakak masuk neraka sorang-sorang ke?” – [VIDEO] Ibu Dedah Kisah Sebenar Kakak Tikam Adik