in

“Dia azan sebelum waktunya” – Imam Dip*kul Beramai-ramai Gara-gara Tegur Budak Main Mikrofon Masjid

Ft Imam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun yang dikenali sebagai Ahmad menjadi sasaran sekumpulan individu hanya kerana menegur perbuatan anak kecil di sebuah masjid.

Ahmad yang merupakan seorang imam masjid yang terletak di Kota Palopo, Sulawesi Selatan, Indonesia telah diserang di depan Masjid As Salam, Benteng, Wara Timur, Palopo, Indonesia pada petang Rabu, 29 April lepas.


Artikel berkaitan: “Anak saya seronok nak pergi masjid” – Ibu Terharu Perubahan Anak, Ucap Terima Kasih Pada Imam Tarawih Menerusi Nota Kuning

Artikel berkaitan: Selamba! Remaja Seberang Tidur Berpelukan Dalam Masjid, Menggelupur Lepas Kena Siram Air Oleh Jemaah

Tak puas hati kena tegur?

Menurut sumber, serangan tersebut berlaku usai Ahmad mengimamkan solat Asar apabila dia tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan individu di depan masjid tersebut. Akibat serangan tersebut, Ahmad dikejarkan ke hospital.

“Saya dipukul tiba-tiba dari belakang. Waktu cuba berundur, saya jatuh kerana ada timbunan pasir di lokasi. Di situ saya dipukul, dada saya dipijak, bahkan ada yang memukul pakai batu-bata.”

Menurut Ahmad, motif kejadian itu disyaki kerana tegurannya kepada beberapa orang budak yang bermain dengan mikrofon masjid, sebelum menegur mereka kerana melaungkan azan sebelum waktunya.

“Ada anak-anak saya tegur kerana main-main dengan mikrofon. Dia azan belum waktunya. Jadi, mungkin sebab itu saya diserang.”

Dalam pada itu, anak kepada Ahmad iaitu Harun mengatakan bahawa bapanya menegur budak-budak tersebut supaya tidak mengganggu aktiviti ibadat di dalam masjid. Dakwa Harun lagi, imam tersebut ada ‘mengetuk’ kepala salah seorang anak kecil itu sebagai satu pengajaran.

Akibat serangan tersebut, Ahmad mengalami luka di bahagian tepi kening dan matanya yang pernah menjalani pembedahan pada November lalu selain dahinya benjol dan beberapa kesan lebam pada tubuh badannya.

Screenshot 2026 05 04 113700

“Matanya luka lagi, padahal dia baru sahaja buat pembedahan. Dahinya juga benjol.”

Berikutan dengan kejadian tersebut, Ketua Perhubungan Awam Polis Palopo, AKP Marsuki berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan.

Jelasnya, seramai 4 orang saksi sudah dipanggil bagi membantu siasatan, manakala pihak polis kini sedang menunggu laporan perubatan untuk tindakan lanjut dan suspek telah dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan.

Sumber : kumparan.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.