Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dari awal hingga kini asyik kena kritik je dari setiap segi dengan orang ramai. Mungkin saje nak cari pasal dan mencari kesalahan orang lain, kali ni ada lagi isu yang dibangkitkan tentang menteri paling muda di Malaysia ni. Apa pulak ni?
Baru-baru ni, viral satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan di Twitter kerana ada hamba Allah yang membetulkan tatabahasa kenyataan tersebut.
Kenyataan media yang menjelaskan mengenai isu pelepasan pemain skuad bola sepak bawah seksyen 23 negara bagi Temasya Sukan Asia 2018 itu penuh dengan tanda dan komen di bahagian yang terdapat kesalahan.
Antara kesalahan yang telah dibetulkan adalah penggunaan perkataan “bagi” sebanyak dua kali dalam satu ayat serta komen seperti ayat yang digunakan ibarat ingin mencari gaduh dan bossy. Cam tu pulak?
Bukan itu je, individu yang ‘menyemak’ kesalahan berkenaan turut memberi komen mengatakan ayat yang digunakan meleret serta membulatkan bahagian pendapat yang diberikan Syed Saddiq dan menandakan “Who cares” atau “Siapa kisah”.
Di pengakhiran juga terdapat komen ringkas mengatakan kenyataan media yang mempunyai tujuh perengggan itu boleh diringkaskan menjadi tiga perenggan je.
Wow, banyaknya masa!
Hal ini telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tidak berpuas hati bukan kerana pembetulan tersebut secara menyeluruh tetapi kerana bahagian “Who cares” yang telah ditulis di situ.
Walau bagaimanapun, ada juga yang menyokong pembetulan terhadap kenyataan media ini dan mengatakan pihak yang menulis ini perlu lebih berhati-hati dalam menulis.
Hmm.. Kemain lagi perbetulkan kenyataan media menteri ye… Mungkin dengan ‘teguran’ ini pihak Syed Saddiq dapat perbaiki supaya dapat menjadi lebih baik.
Jom sama-sama perbaiki diri!