in

Syed Saddiq Teruja Pemimpin Indonesia Panggil ‘Bro’

Page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Syed Saddiq Teruja Pemimpin Indonesia Panggil 'Bro'
Loading
/

Menteri Belia dan Sukan kita, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, antara menteri yang rapat dengan rakyat. Beliau selalu update di Twitternya tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan, dan sering mendapat tumpuan daripada masyarakat.


Kalau macam sebelum ni, cerita tentang beliau kutip sampah dekat stadium selepas perlawanan bola sepak dah tular dekat media sosial. Masing-masing puji sikap menteri kita ni yang pentingkan kebersihan serta tunjukkan contoh yang baik dekat masyarakat. Yaaass!

Njkn
sumber: twitter

Hari ini tular lagi dekat media sosial, di mana beliau kongsi rasa seronok dan excitednya apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo, memanggil beliau dengan panggilan ‘bro‘. Wahhh sportingnyaaaa!

Beliau panggil saya bro!”

Dalam video itu, Syed Saddiq minta pemimpin nombor satu Indonesia itu untuk bagi apa-apa ucapan, dan dengan selambanya Joko Widodo, atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi, panggil Syed dengan panggilan ‘bro‘.

Menerusi video itu jugak, boleh nampak yang Jokowi rasa teruja untuk tingkatkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia. Wahhh!

Difahamkan pertemuan Syed Saddiq dengan Jokowi adalah dalam usaha untuk tingkatkan lagi hubungan bilateral antara dua negara itu untuk terus maju ke hadapan. Selain daripada itu, lawatan ke Palembang jugak adalah untuk tinjau persiapan Sukan Asia yang akan berlangsung di sana pada Ogos ini.

Seronok bila dapat tengok keakraban antara dua negara. Harap negara kita terus maju ya!

Baca: Kutip Sampah Pun Kena Boo?

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.