in

“Macam manalah kalau emergency nanti” – Bomba Tunjuk Rakaman Peniaga & Pemandu Park Kereta Secara Haram Dekat Pasar Pagi

Bombaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semua tempat ada pasar pagi sendiri dan ia sudah semestinya waktu yang dinanti-nantikan oleh segelintir penduduk di pekan yang berhampiran untuk mendapatkan barangan segar dengan harga yang sangat murah.


Biasanya, pasar pagi ini akan dilakukan di kawasan tepi jalan besar dan disebabkan itu pasti akan ada banyak kereta parking secara haram di sepanjang jalan dan laluan untuk menghala ke sesuatu tempat malah pasti akan sesak dengan orang yang lalu lalang di jalan tersebut.

Pemandu terpaksa cari alternatif lain untuk ke sesuatu tempat pada hari tersebut, tapi macam mana pula kalau bomba nak lalu dan jalan alternatif itu sempit? Pada waktu itu tengah ada kecemasan? Dan itu satu-satunya jalan yang dilakukan?

 

 Benda ni lah yang kena hadap kalau ada emergency.”

Itulah yang dibayangkan oleh seorang netizen yang muat naik video ini, rakaman yang dipercayai seorang bomba menunjukkan macam mana kesesakan pasar pagi di Pekan Ayer Hitam menghalang laluannya.

Bukanlah nak selfish, tapi dalam rakaman itu ada menceritakan pengalamannya jika berlaku kecemasan.

“Sekiranya jika ada kecemasan inilah yang kami kena hadapi, dengan bas dengan pejalan kaki di tepi jalan sesuka hati membabi buta dan gerai-gerai HARAM yang kedudukannya betul-betul diatas jalan, cuba bayangkan kalau ada kes kecemasan ini yang kami terpaksa hadap hari-hari.”

Jalan yang sepatutnya ada dua lane berubah jadi satu, terpaksa berhimpit dengan bas dan pada waktu itu perakam mungkin berada dalam lori bomba.

Ramai netizen setuju dengan luahan ahli bomba ini, peniaga beroperasi dekat dengan jalan raya dan menyukarkan kemudahan pasukan penyelamat menjalankan tugas selain itu ia juga mendatangkan bahaya.

Mereka juga mengecam individu yang parking kereta dan motor secara haram.

 

Baca : “Mujur xkeno patuk”- Bomba Kelantan Terima Panggilan Kecemasan Ular Senduk Dalam Rumah, Rupa-rupanya…

Patuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.