in

“Kenapa nak kahwin dengan mama? Nak perhatian, nak duit?”

Vidaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kenapa nak kahwin dengan mama? Nak perhatian, nak duit?"
Loading
/

Semenjak dua menjak ini kerap benar dengar kisah mengenai jodoh Dato’ Vida.


Bermula dengan pengakuan Dato’ Vida yang kononnya menerima resume dari jejaka luar negara seperti Scotland dan Finland yang ingin mengahwininya sehinggalah ke kisah Rani Kulup yang menyuarakan hasrat untuk memperisterikan Dato’ Vida.

Vida
sumber: instagram

Sejak dari kemunculan berita ini, ramai di antara lelaki di luar sana memasang angan-angan untuk cuba ‘mendekati’ wanita yang terkenal dengan produk Pamoga Qu Puteh ini. Namun mereka nampaknya perlulah berhati-hati kerana anak perempuan Dato’ Vida sudah berani bersuara.

Cik B 5
sumber: instagram

Nur Edlynn Zamileen atau lebih manja dipanggil Cik B yang rimas dengan suara-suara sumbang yang mengutuk dan mengejek ibunya itu telah membuat satu video khas untuk meluahkan rasa hatinya. Video tersebut telah dimuat naik Dato’ Vida sendiri dengan caption,

Cik B naik marah @cikb_havoc66. Dia marah siapa sebenarnya ni sayang?? Tak faham saya balik kerja tiba-tiba cakap… jangan ada sesiapa ganggu mama.” 

Cik B yang memakai baju ala rappers dan bercakap dengan gaya tersendiri menegur pedas lelaki-lelaki yang ingin mendekati ibunya dengan niat ‘tidak elok’.

“Jangan siapa-siapa dekat dengan mama. Nak kahwin dengan mama, saya tak bagi! Siapa-siapa semua nak perhatian, nak duit semua tu. Saya tahulah,” kata Cik B sambil menunjukkan bakatnya dalam membuat beat box.

Cik B 3
sumber: instagram

Wuuu mesti sentap kan semua lelaki di luar sana! 

Perkongsian di laman Instagram tersebut telah mendapat 309,346 views dan pelbagai komen dari netizen yang setuju dengan kata-kata Cik B itu.

“Bagus Cik B. Bodyguard mama ye. Siapa lagi yang ikhlas nak bela mama kan Cik B. Orang lain takut banyak ambil kesempatan. Take care Cik B. Aunty suka Cik B. Bagus, bagus.” 

So sweet! Moga jadi pelindung dan penenang hati mama ye Cik B.” 

“Cik B jaga mama baik-baik ye. Standby dengan pedang samurai. Lawaklah Cik B ni,” kata seorang netizen.

Cik B Vida
sumber: instagram

Amacam berani lagi ke nak dekati Dato’ Vida?? Cik B dah bagi warning tu…

Baca: “Ayah boleh menjadi suami yang baik.” – Rani Kulup Luah Hasrat Mahu Memperisterikan Dato’ Vida

Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.