in

“Kenapa mesti nak mention Kelantan?” – Netizen Bash Lelaki ‘Sound’ Gadis Kelantan Soal Parking

Adab Mana Girl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ni admin perasan, kalau ada apa-apa hal yang buruk berlaku kat media sosial, mesti aje netizen nak kaitkan dengan negeri Kelantan. Kelatan itulah, Kelantan inilah… terasa orang Kelantan kan?


Baru-baru ni, viral di Twitter berkenaan seorang lelaki bernama Idris yang mengecam dua gadis dari Kelantan yang dah ‘caras’ tempat parkingnya di Mid Valley. Tapi netizen bukannya bersimpati dengan nasib mangsa, balik-balik dia pulak kena kecam. Why oh why? 

 

“Ada 2 orang perempuan Kelantan ni tak ada adab langsung!” 

Menurut Idris, masa tengah menunggu untuk parking di salah satu tempat letak kereta dekat Mid Valley, tiba-tiba sebuah kereta yang dimiliki 2 gadis Kelantan ni dikatakan telah mencuri tempat parkingnya dengan sengaja.

Lagi menyakitkan hati, dua wanita tu katanya tak beradab langsung dan balik-balik dia pulak yang kena marah. Adoi malang nasib abang ni! 

Kelantan 1

Ds2Aa8Cu0Aa2Ppp

Kel
sumber: twitter

 

“Sekali big boss aku turun kereta sound these 2 Kelantanese. Baru la sel-sel otak dia berhubung”

Bila kena tegur elok-elok tak jalan, akhirnya bos kepada mangsa ni terus turun kereta dan kasi sound dua orang gadis tersebut. Termalu dengan apa yang berlaku, barulah dua gadis tadi keluarkan kereta dan bagi si Idris ni parking. Haih macam-macam lahai! 

Sek Kito Jange Pecoh
sumber: twitter

 

“Jahat sangat ke orang KELATE bagi mu ni? Sikit-sikit nak mention. Negeri lain tak ada pulak nak mention”

As expected, benda macam ni mesti mendapat perhatian dan kecaman bertubi-tubi terutamanya dari orang Kelantan yang terasa hati. Yelah mana tak terasanya, sikit-sikit korang mention Kelantan. Macam orang Kelantan je paling jahat dalam Malaysia. Aish! 

Gapo Mu
sumber: twitter

 

“Eww Kelantan. Siapa suruh jadi Kelantan?” 

Macam manapun, mulut pedas membawang netizen tetap ada, yang mana masih ada di kalangan netizen yang membenci mereka daripada negeri tersebut dan letak macam-macam stereotaip berkenaan mereka yang berasal dari Kelantan ni. Ish tak baik macam tu gais! 

Aduh
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, admin harap isu ni janganlah dipanjangkan dan masing-masing jadi batu api pulak sampai bergaduh sesama sendiri.

Tak kiralah orang tu orang Kelantan ke, JB ke atau KL sekalipun, mesti setiap darinya ada perangai baik dan buruk masing-masing. Tak baik generalize semua orang Kelantan macam tu. 

Baca: Kibar Bendera Kelantan Kat Oversea, Lelaki Ni Dituduh Assobiyah

Assobiyah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.