in

[VIDEO] Netizen Sebak Tengok Iklan Raya, Lakonan Beremosi Anak Wawa Zainal Jadi Tumpuan!

Page Wawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun tahun berganti tahun, sehingga ke hari ini boleh dikatakan pelbagai iklan raya yang penuh dengan maksud tersirat akan disiarkan seiring dengan jalan cerita sehingga mampu menyentuh perasaan penonton.


Turut tak ketinggalan, pelakon dan juga ushawan kosmetik iaitu Wawa Zainal telah melancarkan iklan raya Wawa Cosmetic yang bertajuk ‘Pulanglah’ dan turut dimuat naik di akaun Instagramnya @w4w4_zainal. Haa, korang dah tengok ke belum?

Iklan raya yang berdurasi 5 minit itu dibintangi oleh Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel. Lebih mengejutkan, anak perempuannya iaitu Hayla Adzkiya juga membuat penampilan sulung sebagai pelakon!

“Storyline dah boleh buat filem”

Jalan cerita yang mengisahkan pasangan suami isteri yang hidup serba kekurangan di kampung sehingga tak mampu untuk tunaikan kemahuannya anaknya. Aeril membawa watak sebagai suami yang mengalami masalah penglihatan.

Dek kerana mahukan perubahan, si isteri sanggup untuk bawa diri ke ibu negara mengejar impian selama dua tahun. Disebabkan anaknya terlalu lama menanggung rindu, dirinya masih mengharapkan kepulangan ibunya.

“Eee feeling betul nangis tu!”

Ternyata lakonan anak perempuan Wawa Zainal itu mendapat pujian ramai kerana rata-rata mengatakan bahawa penyampaian emosi sedih oleh Hayla itu menjadi walaupun baru pertama kali berlakon. Siap ada yang request nak sambungan pulak tu!

“Pandainya Hayla berlakon, touching habis dah ni” – Komen netizen

Komen Full 14

Bukan tu je, rakan artis pun ada yang komen tau…

Komen 1 1

Kalau betul ada sambungan, memang min tak sabar nak tengok… Betul-betul menjiwai betul lah watak Hayla ni. Loveeee!

Baca: Peminat ‘Seriau’ Tengok Wawa Zainal Redah Banjir Hulur Bantuan Walau Masih Dalam Pantang

Untitled 2 17

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.