in ,

“Kena lelong murah-murah” – Lama Sangat Tutup Kedai Sebab PKP, Produk Barang Kulit Sampai Berkulat!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan sehingga 9 Jun depan. Tapi, memandangkan PKP kali ni dah dilonggarkan, kedai-kedai pun dah boleh dibuka seperti biasa asalkan ikut SOP. 


Namun, ada juga peniaga yang menerima berita buruk apabila barangan jualan mereka rosak disebabkan terlalu lama tutup kedai! Pengguna Facebook, Nex Nezeum telah kongsikan gambar barangan kulit yang telah berkulat.

Can open shop also no point…goods all damaged after being left in shop for 2 mths…😥

Posted by Nex Nezeum on Sunday, May 10, 2020

 

Antara produk barangan kulit yang berkulat adalah kasut, dompet dan beg. Tali pinggang pun jadi mangsa jugak.

Kerusi tempat pelanggan menunggu pun berkulat weh! 

Menurut pengguna Facebook lain, produk barangan kulit ini boleh berkulat disebabkan oleh aircond kedai yang ditutup selama dua bulan. Ketiadaan penyaman udara telah menyebabkan tahap kelembapan yang tinggi jadi senang untuk barangan tersebut berkulat. 

Jadi, katanya takde kaitan pun dengan kulit tiruan atau barangan kulit yang asli. Apa-apa pun, semoga pemilik kedai tabah dengan ujian ni. 

 

Baca: “Nak bersihkan kena pakai full PPE ni” – Gara-gara 2 Bulan Tak Balik Rumah, Peti Sejuk Lelaki Ini Dipenuhi Ulat

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.