in

Kemboja Didakwa Import Atlet Luar Demi Bolot Emas Sukan SEA

atlet kemboja import

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Acara dwi-tahunan, Sukan SEA merupakan acara yang sering dinanti-nantikan dan saban tahun, pastinya ada cerita menarik dan pelik mengenai ‘perangai’ tuan rumah yang biasanya akan memasukkan acara yang memberikan kelebihan kepada mereka dalam pungutan pingat.

Sukan SEA edisi 2023 juga tidak kurang kontroversi yang mana melihatkan tuan rumah pertama kali sukan berkenaan Kemboja menjadi bualan ramai tentang perkara-perkara yang berlaku sepanjang temasya berkenaan sehingga hari ini.


Membuka tirai secara rasmi pada Jumaat (5 Mei) lalu, seramai 6,210 atlet akan berkampung di Kemboja sehingga 17 Mei nanti untuk bersaing bagi merebut pingat dalam 584 acara, melibatkan 36 jenis sukan.

2023 cambodia asean para games bernama picc

Selain kontroversi melibatkan venue dan perkara asas atlet selain persediaan tuan rumah berkenaan, para atlet dari negara berkenaan juga menimbulkan tanda tanya ramai peminat sukan terutamanya sukan kriket, bola keranjang, badminton dan juga hoki padang.

Mena tidaknya, Kemboja didakwa menggunakan khidmat atlet dari luar Asia Tenggara untuk menyertai temasya berkenaan, sekali gus membolehkan negara berkenaan mengutip seberapa banyak pingat emas.

Menerusi sukan kriket, rata-rata skuad Kemboja dibarisi pemain import dari India dan Pakistan dan mereka telah memenangi pingat emas setelah menewaskan pasukan negara pada hari Ahad lalu.

2067563

Menurut kapten kriket negara, Ahmad Faiz Mohammad Noor berkata, beliau juga terkejut dengan kehadiran pemain-pemain baharu daripada India dan Pakistan tersebut.

Selain itu, pasukan bola keranjang lelaki Kemboja juga telah memenangi pingat emas dalam acara 3×3 kategori lelaki menggunakan ‘taktik’ yang sama.

Rata-rata barisan pemain Kemboja dikatakan berasal dari Amerika Syarikat selain ada yang mendakwa kapten pasukan Kemboja iaitu Brandon Peterson merupakan salah seorang pemain profesional dalam liga bola keranjang di Amerika Syarikat.

Fv2Z6YEaMAAMOwu

Terdahulu, Kemboja juga menarik perhatian ramai apabila menggunakan pemain import dalam acara hoki yang menyaksikan pasukan mereka ditewaskan oleh pasukan negara.

Menerusi perkongsian video, perlawanan hoki membabitkan Malaysia dan Kemboja dipenuhi kontroversi dengan gelagat penjaga gol yang sering kali membantah keputusan pengadi.

Pada satu ketika, kelihatan seluruh pasukan  tidak mahu meneruskan perlawanan sebagai tanda protes dan jelas kelihatan pemain-pemain tersebut bukanlah berasal dari Kemboja.

Terbaharu, kontroversi melibatkan acara badminton berpasukan campuran kerana ada beberapa buah negara telah dilarang untuk menyertai acara berkenaan termasuk negara kita.

Menurut Kemboja, usaha tersebut untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan negara yang lemah dalam sukan berkenaan.

Selain itu, tuan rumah dikatakan telah memanipulasi peraturan naturalisasi apabila mereka telah menggunakan atlet yang sepenuhnya import untuk mewakili negara mereka dalam acara badminton.

Manakan tidak, dalam acara badminton berpasukan, negara berkenaan didakwa telah menggunakan khidmat bekas naib juara remaja dunia 2019 dan juga pemain China, Zhoung Meng.

Baca : Acara Serah Pingat Bercahayakan Lampu Kereta Di Sukan SEA Kemboja Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

serah pingat cahaya lampu sukan sea

Sumber: The Vibes
Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.