in

“Ni bukan udang sebalik mi, tapi udang sebalik baju” – Ibu Pelik 3 Kali Cuci Baju Tapi Masih Busuk, Rupa-rupanya Anak Punya Kerja

Feat Fb Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak-anak sememangnya mempunyai pelbagai ragam yang kadang-kadang ‘bikin’ mak ayah ‘pening’ untuk menghadapnya. Ada yang terlampau kreatif dan panjang akal sehingga membuat ibu bapa menjadi kurang sabar dengan kerenah anak-anak.


Namun, anak-anak merupakan satu anugerah terindah yang dianugerahkan oleh Allah sebagai pelengkap hidup berumah tangga.

Ibu bapa kena sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak kerana ini merupakan salah satu dari proses mereka untuk membesar dan mencuba sesuatu yang baru dalam perkembangan kognisinya.

Seperti yang tular di Facebook insiden mengenai seorang ibu yang pasrah dengan keletah anaknya yang boleh ‘bikin’ para ibu menangis tepi bucu katil bila melihatnya.

 

Cuci baju 3 kali pun masih busuk

Pemilik akaun @Umi Aniza Amani melalui laman Facebook miliknya, dia telah berkongsi satu insiden lucu yang berlaku kepadanya baru-baru ini dimana dia telah mencuci pakaian ahli keluarganya sebanyak tiga kali!

Pada awalnya, dia agak pelik apabila mendapati kesemua pakaian yang telah dibasuh dengan menggunakan mesin basuh itu masih berbau busuk.

Dia kemudiannya membuat basuhan untuk kali kedua dan ketiga, namun bau busuk pada pakaian itu masih juga tidak hilang.

Feat Fb 1

 

Hmm. misteri nusantara. 

 

Udang galah ‘berenang’ dalam mesin basuh 

Wanita ini kemudiannya memeriksa dengan teliti mesin basuh tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati terdapat banyak udang galah berada di dalam mesin basuh berkenaan.

Udang galah pun nak buat grand entrance. 

Menurut wanita ini, pada awalnya dia tidak tahu kewujudan udang galah dalam mesin basuh berkenaan.

Namun, setelah diangkat keluar semua baju itu dari dalam mesin basuh, nah terserlah segala udang-udang galah yang ‘berenang’ bersama baju-baju yang dibasuhnya.

Udang 2

Udang Last

Patut pun baju bau hanyir.  

 

Anak punya kerja

Apa yang melucukan, kehadiran udang-udang galah dalam mesin basuh itu bukanlah secara tiba-tiba atau berkaitan dengan sesuatu yang mistik, namun diletakkan oleh anak-anaknya sendiri ke dalam mesin basuh tanpa disedarinya.

Alahai anak bertuah. 

Perkongsian yang dibuat oleh @Umi Aniza Amani ini telah meraih pelbagai reaksi netizen di laman Facebook. Rata-rata netizen memuji tindakan wanita ini yang mempunyai kesabaran yang tinggi menghadapi kerenah nakal anak-anaknya.

Ada yang mengakui tidak kuat sekiranya berhadapan dengan situasi ini. Selain itu, ada juga yang percaya bahawa anak-anaknya merupakan seorang yang bijak dan bakal berjaya pada masa hadapan.

 

Bukan udang sebalik mee, ada udang disebalik baju – Netizen

Fb 0

Fb 1

Fb 2

Fb 3

Min pun tak tahu nak nangis ke nak gelak.

Baca: Wanita Terkejut Gambar Bogel Tersebar, Rupanya Anak Perempuan Berusia 2 Tahun Gambar Masa Main Handphone Baca Fb 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.