in

“Atok dari syurga” – Datuk Ubah Suai Kerusi Untuk Latih Cucu Sindrom Down Berjalan

Datuk 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, datuk dan nenek merupakan dua orang insan yang tidak pernah berkira kasih-sayang dengan cucu mereka. Walaupun sudah lanjut usia, mereka sebenarnya lebih suka untuk berkawan dan memberi sepenuh perhatian kepada cucu yang masih kecil.

Datuk ubah suai kerusi bulat

Menerusi video yang dikongsikan oleh @madahmawaddahh0 memperlihatkan momen indah ketika seorang datuk sedang melatih cucu lelakinya untuk berjalan menggunakan kerusi bulat yang telah diubah suai. Difahamkan, cucunya itu merupakan down sindrom yang mempunyai kesukaran untuk berjalan.


Artikel berkaitan: Raja Permaisuri Agong Ambil Anak Istimewa Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak Sebagai Anak Angkat

Artikel berkaitan: Bila Dapat Cucu Kaki Sakat, Terhibur Tengok Tok Melatah

Datuk 3
Sumber: tiktok
Datuk 4
Sumber: tiktok

Atok latih Haider (cucu) berjalan. Thank you Atok!

Kerusi bulat tersebut telah dipasang bersama sebatang kayu yang boleh dipegang serta tempat untuk meletakkan tablet untuk kanak-kanak itu menonton kartun kegemarannya. Paparan di tablet itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian kanak-kanak itu sambil kakinya melangkah satu demi satu.

Selama hari ini, bukan dia tak nak berjalan, dia tak boleh berjalan. Takpe baby. Kita usaha sama-sama ya! – kapsyen video

Dalam pada itu, datuk tersebut memusingkan tempat duduk kerusi supaya cucunya itu dapat berlatih berjalan secara perlahan-lahan.

@madahmawaddahh0

Selama hari ini, bukan dia taknak berjalan. Dia tak boleh berjalan😭 Takpe baby. Kita usaha sama-sama, ya!💪 #babydownsyndrome #ASDvsVSD #hirschprungswarrior #journeyumihaiderluthfan #alhamdulillahforeverything @Hzaine

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Netizen kagum lihat pengorbanan datuk!

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen boleh relate kerana datuk mereka juga banyak berkorban dengan cucu-cucu.

Datuk 1

Selain itu, datuk kepada kanak-kanak sindrom down dalam video itu juga ada mengubah suai pelbagai barang lain khas untuk cucunya itu.

Datuk 2

Sebak min tengok video ni… syurga untuk atok!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.