Untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri seorang anak, ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik di rumah. Anak-anak ni kata orang, bagaikan kain putih yang tidak bercorak. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka menjadi orang baik di suatu masa kelak.
Tapi lain pulak ceritanya dengan seorang netizen ni yang meluahkan isi hatinya di Twitter. Katanya dia dah tak tahan dengan sikap si ayah yang kerap menghambakan ibunya dan memberi contoh tak baik di rumah. Aduhai…
“Terima kasih kepada ayah yang tidak pernah tunjuk contoh yang baik kepada anak-anak”
Menurut netizen ini, ayahnya selama ini tak pernah tunjukkan perangai yang baik kepada mereka anak beranak. Ibunya sering diperhambakan dan bapanya pulak ada satu perangai pelik iaitu suka membaling makanan ke lantai.
Paling sedih, mak netizen ni pernah masak ketupat tapi bapanya pergi buang ke tanah belakang rumah. Allahu…
“Memang penyakit keturunan… Atuk saya pun lebih kurang, tapi bapak saya lagi teruk perangainya”
Tapi nak salahkan 100% bapanya pun tak boleh juga kan. Bila ada yang soal sama ada bapa netizen ni memang ada penyakit atau tak, dia menjawab bapanya memang ada ‘perangai keturunan’. Dulu atuknya pun ada sikap yang sama, sekarang menurun pula ke bapanya. Allah… dugaan!
“Kerap peluk ibu awak, bila-bila masa dan di mana jua. Tunjukkan kasih sayang awak kepada dia”
Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat pada mangsa ini supaya dia kuatkan hati dalam menghadapi ujian ini. Ramai rupanya ada pengalaman yang sama. Sedih min baca…
Kepada yang alami situasi yang sama… stay strong ya korang! InsyaAllah pasti ada sinar dari masalah semua ni.
Baca: Tengah Baca Quran Tiba-tiba Bapa Pukul Dengan Tukul Hanya Sebab Tak Dapat Cari Kerja