in

Kanak-kanak 4 Tahun Kritikal, Dalam Badan Ada Dadah Jenis Syabu

Kanak Kanak Kritikal Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal baru-baru ini oleh ibunya.



Memetik laporan dari Harian Metro, kanak-kanak ini telah dibawa menerima rawatan di Hospital Kuala Krai dan mendapati terdapat kandungan dadah dalam badannya menyebabkan pihak hospital membuat laporan kepada pihak polis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak hospital mendapati dalam badan kanak-kanak itu terdapat kandungan dadah jenis methampethamine (syabu).

Dadah Budak 1655701087

Siasatan awal juga mendapati, sebelum itu kanak-kanak malang ini telah mengikut bapa saudaranya ke suatu tempat.

Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah.”

Namun, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas bapa saudara tersebut mendapati suspek positif dadah jenis sama dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Manakala, mangsa kini masih dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

 

Baca: Padah Video Hisap Dadah Tular Di FB, Polis Cekup Lelaki Di Chenderong Balai

Polis Tahan Penghisap Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.