in

Padah Video Hisap Dadah Tular Di FB, Polis Cekup Lelaki Di Chenderong Balai

POLIS TAHAN PENGHISAP DADAH

Orang zaman sekarang makin berani untuk muat naik video di sosial media yang secara terang-terangan boleh memberi impak yang buruk kepada masyarakat dan juga diri sendiri.

Terbaharu, aksi menagih dadah yang dimuat naik menerusi satu rakaman video di laman Facebook membawa kepada penahanan seorang lelaki di Chenderong Balai, di Teluk Intan, Perak hari ini, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata berdasarkan rakaman itu yang dimuat naik di akaun ‘I Love Teluk Intan,’ polis menahan suspek berumur 46 tahun di sebuah rumah di Jalan Dato’ Haji Yusof Maidin, Chenderong Balai, pada kira-kira jam 5 petang.

adnan

Katanya, pihaknya turut merampas 4 plastik lutsinar berisi dadah dipercayai heroin seberat 27.75 gram bernilai RM832.50 yang dijumpai dalam beg sandang di bahu suspek.

Ditahan akibat tayang video hisap dadah di Facebook

5 2

Penahanan dilakukan susulan video tular aktiviti menghisap dadah oleh seorang lelaki di laman Facebook. Suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki dikenali sebagai ‘Apoi’ di kawasan Pekan Langkap.

Positif morfin & ada 16 rekod kesalahan lampau

Menurut Ahmad Adnan lagi, usaha mengesan pengedar berkenaan sedang giat dilakukan. Ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif morfin dan semakan turut mendapati lelaki itu mempunyai 16 rekod kesalahan lampau.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. Hantaran yang dimuat naik bersama video itu mendakwa lelaki berkenaan adalah tokan dadah di Chenderong Balai dan menjual dadah kepada budak bawah usia.

Dadah membawa padah! Jangan sesekali korang cuba tau

Baca: “Hadiri Parti Selepas Bebas Tuduhan Dadah, Kemunculan Aryan Khan Berantai Salib Jadi Persoalan”

z 1
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook