in

“Kan best semua masjid buat macam ni” – Cara Masjid Di Alor Setar Papar Perbelanjaan Kepada Kariah Dipuji

Masjid Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu sangat dah kan kebelakangan ni kita dengar orang menyebut ke mana perginya segala duit yang disumbangkan oleh jemaah-jemaah masjid?


Walaupun ada tabung yang diletakkan di setiap masjid tapi ada saja segelintirnya yang masih berada dalam keadaan daif. Rasa pelik juga kan?

Dedah penyata kira-kira pada kariah

Tapi cara sebuah masjid di Alor Setar, Kedah mendedahkan penyata kira-kira mereka kepada awam buatkan netizen rasa seronok pula.

Manakan tidak, perbelanjaan Masjid Hidayatul Solihin, Sungai Baru tu bukan sahaja seimbang tapi sangat jelas.

Masjid 7
sumber: twitter

Betullah tu, bila kita tahu duit kita infaqkan pergi ke mana mesti lagi bersemangat nak menderma.

RM65,000 dalam bank, RM2,273 di tangan

Dalam penyata kira-kira kewangan masjid yang berakhir bulan November 2018, masjid ni ada kira-kira RM65,000 dalam bank dan RM2,273 lagi dalam pegangan AJK masjid.

Masjid 1
sumber: twitter
Masjid 2
sumber: twitter

Haaa! Barulah betul tulis terang-terang macam ni. Tak adalah orang tertanya-tanya lagi lepas ni kan?

Selain daripada tu, wang-wang derma dan sumbangan diterima juga berjaya dikumpulkan sehingga membawa jumlah besar sebanyak RM88,804.68 kutipan untuk bulan tu.

“Bayaran kepada Azmi Saad buat plastik” tarik perhatian

Tapi apa yang menarik perhatian netizen ialah betapa detailed penyata kira-kira ini.

Termasuklah memberitahu wang masjid dibelanjakan kepada siapa dan untuk apa. Antaranya, untuk bayaran kepada Encik Azmi Saad untuk buat plastik tampal tak bagi burung masuk.

Masjid 6
sumber: twitter

Serta bayaran kepada Encik Abdul Razak untuk tujuan repair wayar elektrik pagar, kos repair tandas tersumbat serta kamsin bank.

“Salute sebab imbang”

Netizen pun seronok tengok penyata kira-kira ni yang bukan saja padat dengan maklumat tapi juga seimbang.

Siapa yang ambik kursus atau pernah ambil perakaunan mesti faham ‘kesengsaraan’ nak seimbangkan akaun kan!

Masjid 3
sumber: twitter
Masjid 4
sumber: twitter

Dan menariknya, bukan saja masjid di Alor Setar ni saja malah ada juga masjid lain yang mendedahkan perbelanjaan mereka kepada ahli kariah masing-masing.

Contohnya, Masjid Kampung Pengkalan Pandan di Kemaman, Terengganu ni.

Masjid 5
sumber: twitter

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (Riwayat al-Bukhari)

Baca: “Tutup kipas, baik pulak!” – Penyamun Mencuri Dalam Masjid, Tapi Netizen Ketawa Berdekah Lepas Dengar Komen Pakcik Belakang CCTV Ni

Masjid Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.