Seorang kariah masjid berusia 73 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan terkutuk terhadap dua murid perempuan berusia lapan dan 10 tahun di dalam stor sebuah masjid di Semabok, Melaka.
Perkara itu terbongkar selepas kedua-dua mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru kaunseling dan dipercayai ia berlaku secara berulang kali dalam tempoh kira-kira dua minggu sejak 16 Jun lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-dua mangsa yang bersekolah berhampiran masjid berkenaan dipercayai sering menunggu ibu bapa mereka di kawasan itu selepas tamat sesi persekolahan.
Artikel berkaitan: “Dah dihujung usia…” – Atuk Mengaku Salah R*gol Cucu, Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan
Artikel berkaitan: Lelaki 34 Tahun Dicekup Geng Anak Muda, Cuba C*bul Wanita Di Tandas Awam
Umpan RM5 dan mi goreng
Suspek menggunakan taktik keji dengan mengumpan mangsa wang tunai RM5 dan mi goreng segera sebelum membawa mereka ke dalam stor masjid.
“Di dalam stor tersebut, suspek dipercayai menyentuh dan mencium mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek turut meminta kedua-dua mangsa supaya tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa.
Namun, perkara itu terbongkar selepas pihak sekolah menyedari perubahan tingkah laku mangsa sebelum kedua-duanya dipanggil untuk sesi kaunseling.
“Penjaga kemudiannya dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan polis semalam dan kedua-dua mangsa masih diberikan kaunseling,” katanya.
Susulan itu, suspek ditahan sebelum direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: Harian Metro
