in

“Kalau pegang anjing pun kenapa?” – Netizen Backup Umie Aida Pegang Anjing di Jepun?

Umie2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua ketahui, negara-negara yang mempunyai empat musim kini sedang berada dalam musim sejuk. Rakyat di negara beriklim khatulistiwa seperti di Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai pengalaman musim sejuk.


Begitu juga dengan Umie Aida yang baru-baru ini yang telah pergi bercuti di Sapporo, Jepun. Gambar-gambar menarik yang dimuat naik Umie Aida di laman Instagram membuatkan ramai orang teringin untuk melawati tempat tersebut.

U6
sumber: instagram
U8
sumber: instagram

Tokyo Disneysea, Historical Village of Hokkaido, Fushimi Inari Shrine. Sebut sahaja di mana, semuanya dilawati oleh Umie Aida. Umie juga dilihat mengambil kesempatan untuk bermain sukan ski dan memuat naik video di laman Instagram. Waaah, seronoknya!

U4
sumber: instagram
U9
sumber: instagram

Tempat-tempat yang dilawati pelakon ini membuatkan netizen turut rasa seperti ingin melancong. Memang cantik! Pun begitu, dalam banyak-banyak gambar dan video yang dimuat naik, terdapat satu video yang paling mendapat perhatian netizen.

Dalam video berkenaan, Umie Aida dilihat sedang memegang seekor anjing! Bukan setakat pegang, Umie malah mengusap-usap anjing tersebut yang sedang menikmati makanan. Biar betul ni?! Perbuatan Umie ternyata menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat dan pengikutnya di laman sosial.

sumber: instagram

Setelah diteliti, rupa-rupanya binatang yang diusap oleh Umie Aida itu bukan anjing betul tetapi sebaliknya hanyalah patung replika yang boleh bergerak. Memang cepat betul netizen melatah!

Selain menimbulkan kekeliruan sementara, tindakan Umie Aida memuat naik video tersebut tidak menerima sebarang kecaman hebat tetapi sebaliknya di backup pula oleh netizen. Rata-rata netizen merasakan bahawa tiada salahnya jika benar Umie memegang anjing hidup sekalipun.

Dog4
sumber: cari
Dog5
sumber: cari
Dog3
sumber: cari
Dog1
sumber: cari
Dog2
sumber: cari

Tidak kurang juga ada yang mencerca sikap segelintir masyarakat yang memperbesar kisah pasal anjing tetapi tak kisah pula tengok hero dan heroin berpeluk cium dalam drama.

Mestilah Umie Aida tahu hukum memegang anjing kan, takkan la dia main pegang je. Netizen ni pun, cepat sangat melatah ish!

Baca: Doktor Veterinar Muslim Dipuji Kerana Sanggup Pegang Anjing Untuk Vaksinasi Rabies

Anjing 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.